Genosid yang berlaku di tanah Gaza bermula Oktober tahun lalu ternyata telah membuka mata dunia tentang kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Sejak peperangan itu berlaku, ramai orang di seluruh dunia telah turun padang untuk menunjukkan soladiriti mereka untuk Palestin.
Soladiriti untuk Palestin?
Terbaharu, sebuah kelab bola sepak Deportivo Palestino asal Santiago, Chile telah membuatkan ramai orang sebak ketika mereka membawa masuk ‘kanak-kanak’ ke dalam kawasan padang.
Dalam video yang tular semalam, kelihatan 11 orang pemain kelab bola sepak Deportivo Palestino masuk ke dalam kawasan padang sambil tangan mereka memegang tangan ‘kanak-kanak’ namun tiada kelibat kanak-kanak pada ketika itu.
Artikel penuh: 5 Pemimpin Negara Yang Mula Kecam Serangan Genosid Terhadap Palestin
Artikel penuh: “Maafkan aku ibu” – Tular Wasiat Warga Palestin Yang Syahid, Nama Malaysia Juga Tertulis
Ia sebagai simbolik kepada ribuan kanak-kanak Palestin yang sudah syahid selepas menjadi mangsa keganasan dan kekejaman tentera yang tidak berhati perut.
Kemudian, mereka membuka jaket lalu menunjukkan baju mereka berwarna putih, merah dan hijau. Gabungan ketiga-tiga warna tersebut bersama seluar hitam sama seperti warna bendera negara Palestin. Tindakan mereka telah mendapat tepukan ramai penonton di dalam stadium itu.
Sebelum ini, kelab bola sepak Deportivo Palestino pernah memakai keffiyeh sebelum perlawanan bola sepak bermula sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
@trthaber Şili’de yaşayan Filistinliler tarafından kurulan Club Deportivo Palestino futbol takımı oyuncuları, sahaya Gazze’de ‘katledilen çocuklarla’ çıktı.
Sebagai kesedaran untuk orang ramai
Umum mengetahui sebelum perlawanan bola sepak bermula, setiap pemain bola sepak akan mengiring kanak-kanak dan berjalan bersama-sama masuk ke dalam padang. Menurut portal UEFA.com, tujuan pemain bola sepak mengiring kanak-kanak sebagai kesedaran kepada umum tentang kepentingan melindungi kanak-kanak.
Ianya sudah lama dipraktikkan sejak tahun 1990-an lagi selepas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menandatangani perjanjian bersama badan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).