in

Orang Macam Ni Memalukan Malaysia!

Memalukan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memalukan Malaysia je orang macam ni! Selalunya pelancong akan dihantar pulang kalau ada masalah visa atau benda-benda yang macam ni je, tapi seorang lelaki Malaysia ni kena hantar balik Malaysia semula atas sebab yang sangat teruk.


Menurut Malaysiakini, seorang lelaki warganegara Malaysia telah dihantar pulang dari Australia selepas telefon bimbitnya didapati mengandungi bahan berunsur kekejaman seksual. Pihak berkuasa Australia memaklumkan bahawa lelaki tersebut memiliki video keganasan seksual yang melampau.

Wey
sumber: malaysiakini

Pasukan Perbatasan Australia (ABF) memberitahu bahawa lelaki tersebut yang tidak didedahkan namanya ditahan sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth selepas video tersebut dijumpai dalam telefon bimbitnya sewaktu pemeriksaan.

Lelaki tersebut tiba dari Malaysia menggunakan visa pelancong dan berhenti untuk buat pemeriksaan bagasi.

“Sewaktu pemeriksaan dilakukan ke atas telefonnya, pegawai ABF menjumpai beberapa video yang menonjolkan kekejaman seksual yang keterlaluan dan keganasan yang melanggar standard akhlak, kesopanan dan kepatuhan di bawah Customs Prohibited Import Regulations.”

“Pegawai bertugas dah rampas telefon bimbit dia dan membatalkan visa lelaki berkenaan,” kata pihak ABF.

Q
sumber: malaysiakini

Lelaki tersebut kemudiannya ditahan dan dipindahkan ke Pusat Tahanan Imigresen Perth sebelum dia dikeluarkan dari Australia. Pihak Australia juga memberi amaran bahawa pelancong perlu berhati-hati jika memiliki bahan yang tak sepatutnya.

Ini kerana mereka sentiasa berusaha untuk mengesan mereka yang memiliki bahan terlarang terutamanya melibatkan eksploitasi kanak-kanak.

“Video yang menggambarkan keganasan seksual melampau tidak diterima dalam komuniti kami dan sesiapa yang terlibat dalam kegiatan ini akan kehilangan hak untuk berada di sini,” kata Pegawai Serantau Mark Wilson.

Teruknya! Dah la buat benda tak elok, burukkan nama Malaysia kat negara luar pulak!

Baca: Memalukan! Lelaki Malaysia Kena Tahan di Melbourne Airport Sebab Simpan 900 Bahan Porno!

Ciajcicljjalsic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.