Selepas Pakatan Harapan berjaya menjatuhkan Barisan Nasional pada PRU14, ada yang masih tak percaya tapi ada juga yang dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka.
Salah seorang daripadanya adalah Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan kita yang nampak sangat matang mengakui kekalahan dan sedia menyerahkan tugas memimpin golongan belia kepada pemimpin muda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq dan KJ tak berbalah walau lain parti
Menerusi akaun Twitter, Syed Saddiq yang menang kerusi parlimen Muar berterima kasih atas usaha KJ dalam agenda pembangunan belia dan memuji cara KJ membimbing anak muda negara sebelum ini. Dia juga berharap dapat bekerjasama dengan KJ suatu hari nanti.
Sebagai respon balas, KJ berharap Ketua Armada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berusia 26 tahun itu dapat memimpin golongan belia dengan baik di masa akan datang.
Netizen puji sikap profesional KJ dan Syed Saddiq
Bila melihatkan sikap profesional yang ditunjukkan oleh KJ dan Syed Saddiq, ramai memuji kesopanan mereka terhadap individu dari parti yang berbeza. Katanya, macam ni lah baru boleh jadi contoh untuk semua. Wah bagusnya dorang ni!
Ada seorang penyokong PH siap komen mengatakan dia nampak KJ memang ikhlas menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Kita semua nak Malaysia yang lebih baik, jadi memang patut berbaik-baik antara satu sama lain kan?
Amboi, ada yang siap suggest Abah KJ tukar parti politik lagi supaya boleh bekerjasama dengan Syed Saddiq. Macam-macam lah korang ni kan.
Pape pun, cara mereka ni memang boleh jadi contoh untuk semua dan semoga negara kita akan semakin hebat lepas ni!
Baca: KJ Beri Peringatan Jangan Bagi Alasan Untuk Tak Mengundi Walaupun PRU Jatuh Hari Bekerja