in

“Orang kaya baru” – 4 Muka Baru Dari Malaysia Ungguli Senarai Bilionair Forbes Ke-35

Bilionair Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Empat orang muka baharu dari Malaysia nampaknya mengungguli senarai bilionair Forbes ke-35 kali ini meskipun dunia sekarang sedang berdepan dengan pandemik COVID 19.


Mereka yang tersenarai ialah:

  1. Adik-beradik MR DIY Group (M) Bhd – Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei 
  2. Pengerusi EKsekutif Westports Holdings Bhd – Tan Sri G Gnanalingam  
  3. Pengasas bersama merangkap CEO Greatech Technology Bhd – Tan Eng Kee

Nilai kekayaan bersih bagi Yu Yeh dianggarkan kira-kira AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) dan Yu Wei pula dianggarkan dalam AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

Mr Diy 770X511 1

Bagi Gnanalingam, Forbes ke-35 anggarkan nilai kekayaan bersih beliau adalah kira-kira  AS$1.7 bilion (RM7 bilion).

06133612 Event Image

Bagi Eng Kee yang terlibat dalam syarikat pengeluaran automasi kilang di Pulau Pinang, beliau mempunyai kekayaan bersih sebanyak AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

Tan Eng Kee The Star Midec 683X1024 1

 

Pengasas bersama Hong Leong Group paling kaya di Malaysia 

Secara keseluruhan, Forbes ke-35 juga menyenaraikan pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan sebagai bilionair paling kaya di negara ini dengan nilai bersih AS$9.7 bilion (RM40 bilion).

Ia diikuti dengan T Ananda Krishnan (AS$5.8 bilion) dan pengasas Public Bank Bhd, Tan Sri Teh Hong Piow (AS$5.7 bilion).

Anandakrishnan76

Turut tersenarai bilionair sarung tangan iaitu Pengerusi Hartalega Holdings Bhd, Kuan Kam Hon dan keluarganya (AS$3.9 bilion) serta pengasas Top Glove Corp Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai (AS$3.5 bilion). Fuh hebat! 

Bilionair lain dari Malaysia termasuk Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay (AS$2.7 bilion) dan hartawan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (AS$1.2 bilion).

Yq Syedmokhtar 03072019

Walau bagaimanapun, bagi peringkat global, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos kekal sebagai individu terkaya di dunia dengan nilai bersih AS$177 bilion (RM730 bilion) dan diikuti oleh Elon Musk (AS$151 bilion) serta Bernard Arnault dan keluarga (AS$150 bilion).

Senarai ini juga menyenaraikan 2,755 individu termasuk 493 pendatang baru.

Berpinau-pinau min baca bilion-bilion ni! Tahniah! 

Baca: Miliki Harta Bernilai RM174.10 Bilion, Raja Thailand Kerabat Paling Kaya Di Dunia

Thai

Sumber: Tatler Asia
Sumber: MiDEC
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.