Pada tahun lalu, penyanyi rap Caprice berdepan kes saman fitnah antaranya dengan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal berhubung hantarannya di Instagram mengenai kes Emilia Hanafi yang juga bekas isteri ahli perniagaan itu.
Dalam perkembangan baharu, kes terbabit telah diselesaikan secara baik di luar mahkamah pada hari ini yang mana defendan (Caprice) perlu membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.
SM Faisal pula menzahirkan rasa syukur kerana kes tersebut akhirnya dapat diselesaikan secara baik, lapor Harian Metro.
Susulan itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan akan menghadiahkan sebuah kereta jenis Kia Sportage kepada pengikut bertuah di Instagram sempena penyelesaian kes itu.

“Sebagai hadiah penyelesaian kes saman hari ini, saya akan beri kereta percuma yang pernah Cap beli iaitu Kia Sportage, disebabkan Emilia pun tidak boleh hadir sebagai saksi.
“Saya minta maaf, Cap akan menjalankan kempen yang dinamakan Hentikan Keganasan Rumah Tangga, Insya-Allah,” katanya.
Menjengah ke laman Instagram Caprice, dia dilihat sudah memuat naik permohonan maaf seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
View this post on Instagram
Dalam hantaran berlainan, dia turut memuat naik gambar Emilia yang menunjukkan kesan lebam pada tangannya dengan kapsyen meminta wanita itu agar memberi kerjasama yang baik sekiranya mahu meminta pertolongan daripada orang lain.
Ditanya punca mengambil keputusan menyelesaikan kes itu secara baik, Caprice menjelaskan ia berlaku disebabkan Emilia tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan dakwaan gambar yang dimuat naik itu.
Katanya, Emilia telah memilih untuk menyelesaikan isu dengan bekas suami secara baik di luar mahkamah.
Difahamkan, penyelesaian penuh kes ini dibuat selepas Caprice sebelum ini ada meminta Faisal menarik balik saman dibuat terhadapnya.
Baca: “Saya takkan minta maaf” – Caprice Sedia Berhadapan Dengan Kes Saman SM Faisal

