Rentetan dengan tuntutan saman ahli perniagaan Datuk SM Faisal Nasimuddin Kamal, penyanyi rap Caprice bersedia untuk berdepan dengan kes itu di mahkamah.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34 berkata, dia telah menerima surat saman pada 2 bulan lalu dan serahkan kepada pihak peguam untuk menyelesaikan kes itu.
“Semua orang ada hak untuk saman, saya sedia untuk berhadapan dengan kes ini dan menyerahkan kepada peguam.”
Malah, Caprice juga enggan meminta maaf atau memadam video tersebut kerana dia sudah melihat kembali video itu dan Caprice menyatakan bahawa tidak ada sebarang keterangan yang tidak benar telah dibuat.

Caprice menyatakan bahawa tindakannya mengulas isu semasa di Instagram itu bukanlah pertama kali dan ianya membabitkan banyak pihak.

“Selama ini memang kalau ada sesiapa yang DM Caprice, tak kisahlah VIP atau orang biasa, minta tolong ketengahkan isu yang perlu diperjuangkan, memang saya bersuara.”
Baginya, tujuan mengulas isu tersebut adalah untuk membantu individu yang memerlukan pertolongannya dan katana bekas isteri SM Faisal sendiri ada menghubunginya dan mahu berkongsi kisah tersebut.
“Tuan badan sendiri ada DM Caprice minta tolong untuk beri kesedaran tentang kes yang berlaku pada dirinya.”
Caprice juga turut menyatakan bahawa dia ebrasa hairan kerana isu ini kembali diperkatakan dan mendakwa wujud pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dan cuba laga-lagakannya.
Semalam, digemparkan bahawa SM Faisal memfailkan saman kepada Caprice atas dakwaan muat naik video berbaur fitnah dalam mengulas isu yang melibatkan bekas isterinya pada 28 Jun lalu.
Baca : SM Faisal Saman Caprice Atas Dakwaan Posting Di IG Berbaur Fitnah

