in

“Bukan Fikry Ibrahim ke tu?” – Lelaki Kena Jerit Dengan Polis & Dipaksa U-turn Gara-gara Keluar Tanpa Sebab?

collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, semalam merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 2 dijalankan. Seperti yang diberitahu, PKP fasa 2 ni lebih ketat berbanding fasa pertama haritu.

Korang masih boleh keluar untuk beli barang keperluan asas, tapi mestilah kena berhampiran dengan kawasan perumahan dan kalau nak pergi luar dari kawasan perumahan, kena sediakan dokumen untuk tunjuk bukti korang keluar bersebab.


Seperti yang diberitahu juga, pihak berkuasa akan membuat kawalan yang lebih ketat dan bertindak dengan lebih tegas sekiranya korang gagal patuhi peraturan sepanjang PKP ni.

Buktinya, semalam tular satu video di Twitter menunjukkan seorang lelaki di kawasan Damansara Perdana dimarah polis dan dipaksa U-turn lepas gagal tunjukkan sebab dan bukti kenapa dia perlu keluar dengan alasan “tak tahu”.

Mana boleh tak tahu, takkan tak tengok TV kot?”

ezgif 4 d6592452235f

Lebih mengejutkan, seorang netizen mendakwa, lelaki yang kena marah tu adalah pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim. Betul ke ni?

https://twitter.com/IniAlannn/status/1245338559931793409

“Patut macam familiar”

Netizen lain kemudiannya ada yang mengesahkan dakwaan ini.

Screenshot 2020 04 02 at 1.27.27 PM down 1

Seram jugak dengar polis tengking camtu, takut nak keluar.

 

Baca: “Congrats” – Fikry Ibrahim Akhirnya Berjaya Tamatkan Pengajian Lepas Tertangguh Pengajian Selama Dua Semester

Screenshot 2020 04 02 at 1.46.16 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.