in

“One Direction dah jadi wrong direction” – Zayn Malik Didakwa T*mbuk Louis Tomlinson, Gara-gara Petik Nama Mendiang Ibu?

Syaz Ft 2026 04 20T125408.858

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita “perang besar” yang melanda bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik dan Louis Tomlinson. Kalau sebelum ni netizen perasan dorang dah saling unfollow di Instagram, rupanya ada kisah berdarah yang lagi dahsyat!

Tumbuk Sampai Luka & ‘Concussion’!


Menurut laporan The Sun, insiden pergaduhan fizikal ini berlaku ketika mereka sedang menjalani penggambaran dokumentari tiga episod untuk Netflix di Wyoming, Amerika Syarikat. Suasana yang sepatutnya penuh memori indah bertukar menjadi ngeri apabila Zayn didakwa hilang sabar dan menghayun penumbuk tepat ke muka Louis.

Artikel berkaitan: Selepas 9 Tahun, One Direction ‘Bersatu’ Semula Di Pengebumian Liam Payne

Artikel berkaitan: “Like a honey from China” – Netizen Terhibur Zayn Malik Kongsi Minum ‘Madu’, Tapi Rupanya..

Cats 19

Lebih mengejutkan, Louis dilaporkan mengalami luka di kepala kerana Zayn memakai cincin ketika kejadian, selain mengalami gegaran otak (concussion) sehingga terpaksa dikejarkan untuk rawatan perubatan.

Punca Dakwa Sebab ‘Petik’ Nama Mendiang Ibu

Apa yang membuatkan peminat paling terkilan adalah punca pergaduhan tersebut. Sumber mendedahkan bahawa Zayn didakwa mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya mengenai mendiang ibu Louis, Johannah Deakin, yang telah meninggal dunia akibat leukemia pada tahun 2016.

Cats 18

Disebabkan insiden itu, Netflix dilaporkan telah membatalkan serta-merta projek dokumentari yang menelan belanja jutaan ringgit tersebut. Harapan peminat untuk melihat dorang kembali bonding nampaknya musnah berkecai.

Malah, difahamkan Zayn dan Louis langsung tidak bertegur sapa sejak 6 bulan lalu selepas kejadian itu berlaku.

Peminat Kecewa, Ingat Dah Berbaik Masa Pengebumian Liam…

Rata-rata peminat (Directioners) meluahkan rasa sedih yang amat sangat. Mana tidaknya, baru tahun lepas kita melihat mereka berdiri bersama memberikan sokongan terakhir di pengebumian mendiang Liam Payne. Ramai sangka itu adalah permulaan untuk 1D kembali bersatu, tapi nampaknya keadaan jadi makin parah.

Sehingga kini, kedua-dua pihak masih mendiamkan diri dan Zayn pula dilihat memuat naik gambar dirinya di hospital atas urusan kesihatan yang lain.

Sumber: The Sun

Sumber: Billboard
Sumber: Yahoo! News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.