in

Olimpik Tokyo 2020: Luahan Hati Datuk Azizulhasni Selepas Rangkul Pingat Perak Buat Ramai Tersentuh

3Azizul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang telah menghadiahkan pingat perak dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Beliau memenangi pingat perak menerusi acara Keirin selepas pencabarnya dari Great Britain merangkul pingat emas.



Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian beliau di pentas Olimpik yang sekaligus mengharumkan nama Malaysia.

Dalam satu temubual selepas upacara penyampaian pingat, Datuk Azizul sempat meluangkan masa bersama wartawan. Ikuti video temubual beliau yang dikongsi oleh @501Awani dibawah.

 

Terima kasih Datuk!

Rata-rata warganet berbangga dengan pencapaian Datuk Azizulhasni yang merangkul pingat perak di Olimpik. Luahan hati beliau sangat memberikan kesan kepada semua.

Dalam kegembiraan meraih pingat, ada juga yang perlu dikorbankan beliau, antaranya masa bersama keluarga, kesihatan ayahnya di kampung dan berita kehamilan anak ketiganya bersama isteri.

Walaupun dalam keadaan begitu, beliau tetap berjaya meraih pingat perak dan ianya menjadi satu kebangaan kepada rakyat Malaysia, terima kasih Datuk!

Screenshot 2021 08 08 At 1.58.01 Pm

Tak perlu minta maaf Datuk, pingat perak ni pun dah kira hebat dah ni. Boleh repeat bagi Emas pulak nanti kat Olimpik Paris 2024.

Screenshot 2021 08 08 At 1.58.43 Pm

Betul, bukan senang nak perform macam tu dengan ujian yang dihadapi di kampung. Datuk memang hebat, tak ramai boleh buat macam tu.

Screenshot 2021 08 08 At 1.58.57 Pm

Min pun sebak tengok video ni. Tapi inilah mentaliti juara, apa pun rintangan tetap memberikan yang terbaik untuk negara.

Screenshot 2021 08 08 At 1.59.12 Pm

Kita doakan yang terbaik untuk Datuk Azizulhasni sekeluarga. Tak lupa juga untuk prospek sukan basikal trek negera Shah Firdaus Sahrom yang turut mempamerkan aksi terbaik biarpun mengalami kecederaan. 

Apa-apa pun, kita semua berbangga dengan pencapaian semua atlet Malaysia di Olimpik Tokyo 2020. Malaysia Boleh!

 

Baca: Olimpik Tokyo 2020:  Azizulhasni Awang Hadiahkan Pingat Perak Untuk Malaysia Dalam Acara Keirin

Screenshot 2021 08 08 At 2.02.56 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.