in

Olimpik Tokyo 2020: Azizulhasni Awang Hadiahkan Pingat Perak Untuk Malaysia Dalam Acara Keirin

F2 Bsk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita kemalangan pelumba negara iaitu Shah Firdaus Sahrom yang kemalangan ketika saringan kedua acara keirin di Olimpik Tokyo 2020. Namun, hari ini, berita gembira untuk semua rakyat Malaysia apabila jaguh trek Malaysia iaitu Datuk Azizulhusni Awang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam acara Keirin pada pagi tadi.



Beliau yang juga dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu telah berjaya membawa pulang pingat perak untuk Malaysia. Manakala pingat emas pula dimenangi oleh Jason Kenny iaitu pelumba dari Britain.

Pingat gangsa pula dimenangi oleh Harrie Lavreysen iaitu atlet Belanda. Sehingga kini, nama Azizulhasni Awang sedang trending di Twitter berikutan ribuan rakyat Malaysia yang mengucapkan tahniah buat atlet kelahiran Terengganu ini.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada The Pocket Rocketman! 

Sumber: Twitter Astro AWANI

Baca: “Bukan salah Jack Carlin”- Pelumba Negara Jatuh Ketika Perlumbaan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Bsk 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.