in

Nurul Izzah Tak Setuju Rumah Najib Diserbu Awal Pagi

Nurul Izzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak 10:15 malam tadi, sudah lebih 12 jam kediaman bekas Perdana Menteri ke-6 yang terletak di Jalan Duta diserbu oleh pihak polis. Antara barang-barang yang diambil adalah beg tangan, pakaian dan hadiah milik Najib.


Setelah berita ini sampai ke pengetahuan ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah menyuarakan rasa tidak setuju terhadap cara serbuan di laman Twitter.

“Sebagai orang yang pernah jadi mangsa serbuan polis pada awal pagi, saya nak nyatakan rasa tidak setuju rumah digeledah pada waktu sebegitu. Dakwa dan siasat, dengan bijak. Prinsip keadilan dan berhikmah sentiasa terpakai.”

Izzah 1
sumber: twitter

Menurut Naib Presiden PKR itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak wajar menyerbu serta menggeledah kediaman Najib pada waktu yang tidak sepatutnya. Bukan hanya rumah Najib, Nurul Izzah tetap tidak bersetuju jika mana-mana kediaman sekalipun diserbu pada waktu dinihari.

Namun ada beberapa individu tidak bersetuju dengan kenyataan diberikan Nurul Izzah kerana mereka menganggap pihak terbabit perlu bertindak secepat mungkin dalam kes-kes seperti ini.

“Sewaktu saya bertugas untuk kes yang agak sama dengan kes sebegini, kami perlu bertindak secepat mungkin kepada maklumat yang diperolehi (termasuklah ke rumah hakim pada pagi hari). Mungkin ini untuk mengelakkan dokumen penting yang boleh digunakan sebagai bukti daripada dihapuskan?” kata seorang lelaki bernama Mikhail.

As 1
sumber: blog

Seorang lagi individu turut menyokong pendapat Mikhail dan merasakan bahawa waktu tersebut adalah patut.

“Saya terpaksa bersetuju dengan Mikhael dalam hal ni. Kalau nak dibandingkan dengan bukti yang akan dihapuskan dengan timing yang PDRM guna, saya rasa memang wajar. Kalau pihak polis saja-saja nak kenakan Najib dengan timing macam tu, dorang dah buat awal-awal lagi masa Pakatan Harapan menang.”

Apa pendapat korang? 

Baca: Bekas Ketua Polis Negara Dan Ismail Sabri Kena Bayar RM1 Juta Sebab Fitnah Nurul Izzah

Dd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.