Penyanyi Nubhan Ahmad mendakwa bahawa terdapat tiga pelanggaran perintah mahkamah yang dilakukan oleh bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek semasa prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi tadi.
Peguam syarie yang mewakili Nubhan iaitu Mohd Redzuan Ramli berkata, sesi itu merupakan prosiding pertama bagi kes pelanggaran perintah yang difailkan terhadap Afifah atau lebih mesra dengan panggilan Dr Fie.
Artikel berkaitan: “Tolong fikir kesan mental saya & anak-anak” – Dr Fie Rayu Nubhan Pertimbang Semula Tindakan Di Mahkamah
Artikel berkaitan: “Bukan dicampak, dibuat secara berhemah” – Peguam Nubhan Perjelas Dakwaan Dr Fie
“Hari ini merupakan prosiding kali pertama yang mana prosiding pelanggaran perintah yang difailkan oleh Nubhan terhadap Dr Afifah.”
Jelas Mohd Redzuan, pelanggaran tersebut sebelum ini telah dipersetujui dan terma perintah itu juga sudah dicadangkan sendiri oleh pihak defendan.

“Butiran perintah saya minta maaf kita tidak dedahkan kerana ia boleh menjadi prejudis. Namun, terdapat 3 pelanggaran yang berlaku terhadap perintah tersebut.”
Dalam pada itu, Mohd Redzuan memberitahu bahawa pelanggaran itu dikatakan terjadi dalam tempoh masa berbeza iaitu pada tahun lepas dan tahun ini.
Bagaimanapun, Mohd Redzuan berkata, anak guamnya itu terbuka untuk mempertimbangkan penyelesaian secara baik jika ada permohonan maaf.

“Perintah itu dilanggar tahun ini ada, tahun lepas pun ada. Sekianya ada permohonan maaf yang dibuat secara suci hati, ikhlas dan seumpamanya, Nubhan akan mempertimbangkan untuk menarik semula kes ini. Itu yang saya difahamkan.”
Prosiding itu didengar di hadapan pendaftar, Dr Shanizah Ngatiman sementara Dr Afifah pula diwakili oleh peguam syarie, Nor Hazura Hamzah. Pihak mahkamah menetapkan 10 Ogos nanti sebagai tarikh sambungan prosiding tersebut.
Sumber : mStar Online
