Isu pergolakan rumah tangga di antara antara Nubhan dan isterinya, Dr Afifah kini dilihat semakin menjadi sorotan warganet.
Sebelum ini, kenyataan ringkas Nubhan menjadi tumpuan dan tanda tanya netizen selepas penyanyi tersebut hanya menulis nama ‘Amber Heard’ di IG Story miliknya. Kini, satu lagi hantaran baharu daripada Nubhan juga menjadi perhatian apabila Dr Afifah ada memberi respon di ruangan komen.
Artikel berkaitan : “Saya membesarkan mereka berserta doa” – Luahan Isteri Nubhan Curi Tumpuan
Artikel berkaitan : “Nak jaga emosi anak, jadi saya keluar rumah” – Nubhan Buka Mulut Isu Ada Rumah Lain Yang Tidak Diketahui Isteri
“Bibik lebih layak daripada ibunya?” – Dr Afifah
Dalam hantaran menerusi Instagram, Nubhan dilihat membawa ketiga-tiga anak melepaskan rindu kepada bibiknya. Mereka dilihat saling memeluk erat dan gembira bertemu seperti sudah sekian lama tidak bersua.
View this post on Instagram
Difahamkan, isterinya Dr Afifah ada memberikan respon di ruangan komen dengan mempersoalkan sama ada bibik atau dirinya sebagai ibu kandung yang lebih layak bersama anak jika bapanya bekerja.
Namun, berdasarkan pemerhatian kami, komen tersebut seperti sudah dipadamkan, bagaimanapun, ianya kini tular di threads.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan Nubhan sampai ada yang samakan kes ini dengan kes seorang pempengaruh yang sehingga kini menjadi topik perbualan netizen.

Kelmarin, media melaporkan bahawa Nubhan memfailkan hak penjagaan anak kekal dan interim ke atas tiga cahaya mata mereka dan tidak lama selepas itu, Dr Afifah dilihat ada membuat perkongsian menyentuh hati mengenai pengorbanan dan tanggungjawab dalam membesarkan anak biarpun perkahwinan dah berakhir.
Sumber : Instagram, Threads, Sinar Harian
