in

“Ntah ntah lagi ramai dah mati” – SAH! Penjawat Awam Pertama Dilaporkan Maut Kerana Coronavirus

Biro China Maut

China kini mencatatkan 132 kematian disebabkan coronavirus yang dijangkiti dari Wuhan termasuklah seorang penjawat awam di sana. Menurut Caixin, Mr Wang Xianliang berusia 62 tahun merupakan Pengarah Biro Keagamaan dan Kebudayaan Wuhan dan disahkan maut pada Ahad, 26 Januari jam 6 petang.

Mr Wang merupakan penjawat awam pertama yang meninggal dunia disebabkan jangkitan pneumonia yang disebabkan oleh coronavirus.

Wang
sumber: caixin

China terus menerus dikritik oleh kerajaan dari negara di seluruh dunia terutamanya yang terkesan sejak kes penularan coronavirus ini bermula.

Sebagai contoh, kerajaan UK baru-baru ini melaporkan mereka menghadapi masalah untuk membawa pulang rakyat mereka yang terkandas di Wuhan disebabnya China yang tidak memberi kata putus.

Wuhan 3
sumber: the new york times
Pakar
sumber: straits times

Selain itu, ramai juga mengkritik ramai rakyat China yang meneruskan rancangan percutian mereka sempena Tahun Baru Cina di mana secara tidak langsung membawa virus coronavirus yang kini semakin merebak.

Netizen di media sosial juga mula membuat spekulasi tentang angka kematian dan mendakwa sebenarnya sudah ramai yang maut tapi China merahsiakan hal itu.  Setakat ini, golongan pakar di China dan beberapa negara lain melaporkan mereka sedang dalam proses untuk mencipta dan mengeluarkan vaksin bagi menangani wabak bahaya ini.

Kurangkan aktiviti luar guys!

Baca: Tiga Lagi Individu Disahkan POSITIF Coronavirus, Malaysia Kini Sudah Ada 7 Kes 2019-nCoV

Corona Malaysia