Perdebatan yang berlarutan mengenai asal usul wabak covid telah menemui data yang berpotensi menamatkan perdebatan itu. Satu sampel yang diambil di pasar Wuhan pada awal 2020 menunjukkan kesan genetik coronavirus berasal dari rakun
Menurut saintis yang telah menganalisis data yang baru diperolehi dari China, seperti banyak elemen misteri, data baharu, yang pertama kali dilaporkan oleh Atlantik, tidak dapat membuktikan bagaimana, di mana dan bila orang mula-mula dijangkiti virus itu.
Namun, perkara ini meningkatkan teori bahawa wabak itu bermula daripada haiwan dan bukannya muncul dari makmal.
Memetik laporan Washignton Post, ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada hari Jumaat memperbaharui gesaannya agar China berkongsi data saintifik mengenai asal usul wabak itu.
Bukti baharu itu diperoleh melalui swab yang diambil di gerai haiwan di Pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan.
Penyiasat mengumpulnya pada awal 2020 selepas pasar ditutup dan semua haiwan dikeluarkan. Satu swab mengandungi campuran bahan genetik yang termasuk sejumlah besar daripada rakun bersama-sama dengan kesan daripada coronavirus.
Data itu datang daripada saintis China yang telah menyerahkan kertas kerja kepada jurnal saintifik yang masih belum diterbitkan. Para saintis yang terlibat dalam analisis baharu itu berkata mereka merancang untuk menyiarkan kerja mereka dalam talian dalam masa beberapa hari akan datang.
Perdebatan asal virus telah menjadi perkara yang dipolitikkan, dan data genetik terbaru ini mungkin mengubah pandangan orang ramai yang bersetuju dengan teori kebocoran makmal.
Pakar dari China walau bagaimanapun telah lama menafikan bahawa virus itu datang dari pasaran atau makmal. Sebaliknya mereka telah mengandaian bahawa virus itu berasal dari luar negara.
Penyelidikan baru masih gagal merungkai asal usul virus ini secara tuntas. Namun penyelidikan itu percaya bahawa seekor rakun atau haiwan lain telah dijangkiti virus itu pada akhir 2019 dan menyebarkannya di Pasar Wuhan, China.