Konflik mengenai kes anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim dilihat kembali menjadi hangat setelah timbul desas-desus yang mengatakan Marissa sudah berkahwin dengan lelaki yang pernah digosipkan dengannya dulu, Aslam.
Mereka dikatakan sudah berkahwin secara diam-diam pada 27 Disember tahun lalu, sumber yang terdekat kepada pasangan ini memaklumkan bahawa pernikahan itu dilakukan ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya sedang berada di Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Artikel berkaitan : Dakwa Marissa Bercuti Masa Hari ‘Check In’, Wanita Tampil Bagi Respon
Artikel berkaitan : “Saya mengaku bersalah” – Marissa Dania Hakim Buka Mulut, Beri Penjelasan Melalui Hantaran Di Instagram
Abby & Norman tak restu, minta mereka cerai?
Jelas sumber tersebut lagi, Marissa yang mengajak Aslam untuk berkahwin selepas lelaki itu dan Misya sudah kembali rujuk pada Oktober lalu.
“Mereka nikah pada Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya. Aslam juga sudah memberitahu Misya yang dia dan Marissa mahu berkahwin.”
Malah, dikatakan keluarga kepada kedua-dua belah pihak sudah maklum mengenai perkahwinan mereka ini.
Jelas sumber itu lagi, Abby dan Norman didakwa sudah bertemu dengan keluarga Aslam bagi membincangkan isu ini dan mereka dikatakan tidak bersetuju dengan pernikahan tersebut dan didakwa meminta Marissa dan Aslam untuk berpisah.
Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada sumber ini benar atau tidak.
mStar Online melaporkan bahawa mereka masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia. Malah sumber turut menceritakan bahawa hubungan Aslam dan isteri pertama kembali retak selepas isu ini terjadi.
Sumber : mStar Online