in

“No more keding, debab etc”- Ejek Fizikal Orang Boleh Dipenjara & Denda Sampai RM50,000

Feat 17

Hah! Buat korang kat luar sana, ada sedikit pesanan dan peringatan buat korang.

Tahukah korang yang menghina fizikal orang lain boleh mengakibatkan seseorang individu itu dipenjara, didenda atau mungkin kedua-duanya sekali.

Gemuk, debab, tembam, keding, kering, papan lapis, badan macam tong dram, muka macam doraemon dan banyak lagi.

Itu merupakan perkataan atau bentuk-bentuk hinaan yang seringkali kita dengar atau katakan kepada individu yang tidak berdosa.

Obeseman

Tapi tanpa kita sedar selain hukuman di ‘sana’ , di dunia juga sebenarnya ada hukuman dan denda kepada mereka yang suka sangat ‘menghina’ fizikal orang lain ini.

Menurut Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zuraini Ab Hamid berkata, individu yang melakukan body shaming ini boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), lapor Sinar Harian.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih satu tahun, denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.”

Dr Zuraini berkata kesedaran orang ramai berhubung isu ini masih rendah kerana masih ramai yang tidak tahu ia merupakan satu perbuatan jenayah sekiranya menghina orang lain menggunakan perkhidmatan secara dalam talian.

 

So beringatlah sebelum bercakap tu yer!

Baca : Bila je dia ni tak bodoh Kena Hentam Kaw Kaw Sebab Ejek Gadis Ada Misai Rupanya Kantoi Selalu Body Shame

1 14