in

Nilai Ringgit Jatuh, Peniaga Di Johor Bahru Rasa ‘Heaven’ Sebab…

Ft Peniaga Jb Untung Ringgit Jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nilai Ringgit Malaysia (RM) kini berada pada nilai terendah dalam sejarah berbanding dolar Singapura (SGD) di mana nilainya sekitar RM3.4047.


Ia lebih rendah daripada yang sebelum ini iaitu RM3.4019 yang dicatatkan pada 10 November tahun lepas.

Ia mungkin kelihatan sebagai sesuatu yang negatif bagi Malaysia, tetapi dari sudut pandangan berbeza, ia memberi limpahan ekonomi kepada negara terutamanya bagi negeri Johor dalam sektor peruncitan, hospitaliti, makanan dan minuman.

Nilai SGD yang tinggi meningkatkan kuasa beli rakyatnya, sekali gus menjadikan Johor Bahru sebagai “syurga” untuk mereka membeli-belah.

 

Ringgit jatuh menguntungkan peniaga Johor

Screenshot 2023 06 02 165025

Disebabkan kejatuhan nilai Ringgit ini, Sinar Daily melaporkan bahawa ramai rakyat Singapura akan membanjiri Johor Bahru, bukan sahaja untuk membeli-belah di pasar raya, tetapi juga menikmati makanan dan minuman pada harga yang jauh lebih rendah berikutan kadar pertukaran mata wang.

Berdasarkan tinjauan sumber, kebanyakan peniaga tempatan mengakui berlaku peningkatan jumlah pelanggan dari negara jiran itu sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

Tinjuan sumber terhadap seorang pengusaha katering yang dikenali sebagai Atan, 63, berkata kejatuhan nilai ringgit membawa banyak faedah kepada peniaga kerana rakyat Singapura berbelanja boros di bandar itu.

“Terdapat dua faktor yang mempengaruhi rakyat Singapura untuk membeli-belah di Johor Bahru. Pertama ialah kadar pertukaran mata wang dan kedua, aliran trafik di dua pintu masuk di sini.”

“Rakyat Singapura tidak kisah membeli-belah di sini kerana kadar pertukaran SGD kepada ringgit menguntungkan mereka.”

“Mereka boleh dapat RM3 daripada SGD1 sahaja. Ini telah mempengaruhi mereka untuk datang ke Johor Bahru.”

“Tambahan pula, tidak dapat dinafikan di Singapura tidak ada tempat menarik untuk dikunjungi, untuk makan tidak seperti di Johor. Selain makanan tempatan, Johor Bahru turut menyajikan pilihan lain seperti restoran Thai dan makanan barat.”

Screenshot 2023 06 02 164420

Sementara itu, pengusaha restoran Nasi Lemak, Md Fauzi Suradi, 49, berkata terdapat peningkatan dalam jumlah pelanggan warga Singapura.

Malah, katanya mereka (rakyat Singapura) sekadar memesan makanan di restorannya tanpa melihat harganya berikutan kadar pertukaran mata wang yang tinggi.

“Wang bukan isu bagi mereka malah mereka menganggap Johor Bahru sebagai “syurga makanan”. Jika kadar mata wang kita terus menurun, tidak mustahil lebih ramai rakyat Singapura akan membeli-belah di sini,” katanya.

Bagaimanapun, bagi penjual ikan di Pasar Awam Larkin, Syamsul Saiful Ismail, 48 menyatakan bahawa kejatuhan ringgit tidak mempengaruhi pelanggan dari Singapura untuk membeli ikan di gerainya.

Screenshot 2023 06 02 164338

Beliau berkata sebelum ini hampir 50 peratus pelanggan di pasar itu adalah warga Singapura yang datang pada hujung minggu.

Baca : “Ada perkara di luar kawalan kerajaan” –  Rafizi Jawab Isu Kejatuhan Ringgit

Ft Rafizi Komen Isu Ringgit Jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.