in

“Ada perkara di luar kawalan kerajaan” – Rafizi Jawab Isu Kejatuhan Ringgit

Ft Rafizi Komen Isu Ringgit Jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai kemerosotan nilai Ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berpunca daripada banyak aspek terutamanya isu persetujuan had siling hutang di negara berkenaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, amat tidak wajar untuk menuding jari terhadap kerajaan semata-mata kerana ekonomi negara akan kembali pulih selepas kemelut global itu berakhir.


“Ada perkara di luar kawalan kerajaan dan ada juga di bawah kawalan kita dalam menguruskan ekonomi. Maka sebab itu apabila anda lihat prestasi ringgit dari Disember hingga Januari, ia mengukuh kepada RM4.20 berbanding dolar AS kerana terdapat kestabilan politik dan ekonomi. Selebihnya, itu di luar kawalan kami.”

Screenshot 2023 06 01 131346

Rafizi berpesan lebih baik rakyat menumpukan kepada perspektif jangka panjang ekonomi kerana ia sebenarnya penentu asas pertumbuhan negara, lapor Malaysia Gazzette.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini adalah tepat. Kadar OPR di negara ini jauh lebih rendah berbanding dengan yang lain.

Screenshot 2023 06 01 131410

“Kita sebenarnya agak ketinggalan kerana apabila pandemik Covid-19 sudah beransur reda, kebanyakan negara lain sudah menormalkan kadar itu. Kita sebenarnya lambat tetapi ada banyak faktor dan mungkin juga sebab pilihan raya umum yang perlu kita hadapi,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan apa langkah signifikan yang diambil Menteri Ekonomi itu untuk memulihkan ekonomi negara terutamanya dari segi menangani kesan kejatuhan nilai ringgit.

Baca : Individu Hantar Bungkusan Berisi Ganja Kepada Anwar Ibrahim & Rafizi?

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.