in

“Nilai ihsan lebih mahal dari anugerah” – Jururawat Tular Suap Pesakit Makan Terima Penghargaan Menteri Kesihatan

Jururawat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini menjadi bukti bahawa nilai kemanusiaan mampu merentas perbezaan agama dan kepercayaan.

Jururawat berkenaan, Nur Deena Nadzhiefa menerima penghargaan khas daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika beliau mengadakan lawatan ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang sempena perasmian bangunan baharu hospital itu, semalam.


Dzulkefly berkata, rakaman video yang memaparkan tindakan Deena itu benar-benar menyentuh perasaannya sehingga mendorong beliau untuk bertemu sendiri dengan jururawat berkenaan.

“Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya jika dibandingkan dengan nilai ihsan yang ditunjukkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

619294491 1485727402912055 7353421648616228499 N
Hantaran menteri kesihatan, datuk seri dr dzulkefly ahmad di laman facebooknya, semalam.

Artikel berkaitan: “TIDAK BENAR” –  KKM Nafi Dakwaan Tak Terima Pesakit ‘Walk-in’ Di Klinik Kesihatan Mulai Januari 2026

Artikel berkaitan: Produk Tidak Berdaftar, KKM Larang Penjualan ‘Inhaler’ Popular Dari Thailand Di Malaysia

Menurut beliau, tindakan Deena mencerminkan hakikat bahawa proses penyembuhan di hospital bukan hanya bergantung kepada ubat-ubatan atau rawatan klinikal semata-mata, sebaliknya turut dipengaruhi oleh layanan penuh empati dan kasih sayang.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Deena kerana berjaya menghidupkan semangat perpaduan dan kemanusiaan dalam tugas seharian, selain berharap nilai murni itu dapat menjadi contoh kepada seluruh warga kesihatan.

Terdahulu, media sosial dibanjiri pujian selepas tular rakaman berdurasi kira-kira 41 saat yang memaparkan seorang jururawat menyuapkan makanan menggunakan tangan kepada pesakit warga emas berbangsa India.

Momen berkenaan meruntun emosi ramai warganet yang memuji keikhlasan serta empati jururawat tersebut dalam menjaga pesakit tanpa mengira latar belakang agama.

Sumber: Fb Dr Dzulkefly Ahmad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.