Pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman tak lain tak bukan pernah menjadi buah mulut netizen dengan sebuah video yang pernah tular beberapa bulan lepas dengan menampilkan gelagat seorang gadis yang cuba untuk mengambil gambarnya dari belakang semasa perlawanan bola sepak antara JDT dan Penang FC.
Tapi sebenarnya korang tahu tak yang Arif Aiman sebenarnya merupakan salah seorang ayam tambatan dalam kumpulan bola sepak tersebut dan pernah memecahkan rekod menjadi penjaring Hatrik termuda pada Ogos yang lalu.
Nilai Arif Aiman melonjak naik, cecah RM1.84 juta
Dengan prestasi yang mantap dan memberangsangkan, anak jati kelahiran Pahang ini telah meraih nilai pasaran yang tinggi sehingga mencecah 400,000 Euro iaitu bersamaan RM1.84 juta pada 16 Oktober, menurut Transfermarkt.com.
Nilai pasarannya juga difahamkan telah menaik dimana sebelum ini pada Mei 2022, nilai Arif Aiman ialah 300,000 Euro (RM1.39 juta). Hal ini disebabkan prestasinya yang memukau semasa kempen liga Malaysia dan penampilannya di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), sekaligus menyumbang kepada kenaikan nilai pasaran pemain JDT ini.
Sebelum ini, Arif Aiman telah mendapat gelaran pemain paling bernilai, penyerang terbaik kebangsaan serta menjulang Piala FA, Piala Sumbangsih dan trofi Liga Super pada usia 20 tahun. Pada tahun ini sahaja, pemain ini berjaya dengan cemerlang merekodkan sebanyak 7 jaringan dan 15 bantuan gol dalam semua kejohanan.
Wah semoga kekal sukses!
Baca: “Sampai berkerut!” – Netizen Terhibur Tengok Gadis Ini Curi-curi Ambil Gambar Pemain JDT