Jenayah rogol merupakan satu jenayah jijik yang seharusnya diperangi berhabis-habisan oleh mana-mana negara di dunia ini.
Walau ada tempat khas buat pesalah jenayah berkenaan dalam akta perundangan, namun ia tetap saja berlaku — lebih menakutkan, tanpa mengira usia dan jantina mangsa.
Memandang serius isu tersebut, kerajaan negeri Kadunia di Nigeria bertindak mewartakan undang-undang yang membenarkan lelaki didapati bersalah untuk dimandulkan menerusi pembedahan.
Mirror Online melaporkan, hukuman itu khusus bagi mereka yang melakukan jenayah terbabit ke atas mangsa berusia 14 tahun ke atas.
Manakala bagi perogol kanak-kanak pula, mereka akan dijatuhi hukuman bunuh.
Tidak terhad setakat itu, wanita yang didapati bersalah melakukan jenayah seksual kjuga akan dijatuhi hukuman penjara semumur hidup selain rahim mereka dibuang.
Laporan kes rogol di Nigeria dikatakan meningkat mendadak pada April lalu sejak perintah berkurung ekoran penularan COVID-19 dilaksanakan di negara itu — sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Justeru, undang-undang terbaharu itu dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut.