in

Dari Potong Anu Perogol Hingga Bunuh Guna ‘Bulldozer’ Ini 3 Kisah Balas Dendam Paling Dahsyat Dalam Sejarah

Collage 40

Bila kita atau orang yang kita sayang dianiaya, benda pertama yang kita fikirkan dah tentulah nak balas dendam kan? Lagi-lagi kalau perbuatan tersebut memang susah nak dimaafkan. Tapi disebabkan negara ada undang-undang, kita biasanya serahkan pada pihak berkuasa.

Namun, bagi tiga kisah yang bakal admin ceritakan ni, mereka semua lebih selesa selesaikan sendiri dendam dorang dengan cara sendiri…

1. Buford Pusser, Polis Yang Bunuh Mafia Untuk Bela Kematian Isteri

A726C9C38C1Abb9B8078Cf90Bc2Cd3Ec

Kisah pertama ini melibatkan seorang syerif yang menuntut bela atas kematian isteri kesayangannya yang ditembak oleh sekumpulan mafia.

Sepanjang kehidupannya, Buford Pusser menghabiskan masanya dengan mengabdikan diri di dalam perkhidmatan awam. Sebelum dia menjadi pegawai polis, dia merupakan seorang tentera laut.

Buford bertemu isterinya, Pauline di Chicago dan berkahwin dua tahun kemudian. Pasangan ini kemudiannya berpindah ke Tennessee di mana kareernya sebagai pegawai polis melonjak naik.

Dia telah dilantik sebagai ketua polis dan konstable sebelum kemudiannya dilantik menjadi syerif daerah di usia 27 tahun – menjadikan dia syerif termuda dalam sejarah Tennessee.

Bufort Pusser Car

Buford seorang syerif yang sangat berani dan tak membuang masa dalam membasmi aktiviti mafia di sempadan Tennessee dan Mississippi yang dikawal oleh dua kumpulan mafia, Dixie Mafia dan State Line Mob.

Dua kumpulan mafia ini memperolehi keuntungan mereka dengan menghasilkan arak secara haram, jadi dah tentulah dorang tak senang bila Buford selalu kacau kegiatan dorang.

Tahun 1967, Buford dah banyak terselamat dari pelbagai cubaan membunuh. Dia merupakan hero pada masyarakat tempatan dan sasaran utama mafia.

Namun segala-galanya berubah pada 12 Ogos 1967, bila isterinya Pauline membuat keputusan untuk menemani Buford menyiasat gangguan di jalan raya.

Img E1561988080949

Tapi tiba-tiba satu kereta datang ke arah mereka dan melepaskan tembakan bertubi-tubi. Buford telah mengalami kecederaan parah pada rahangnya manakala isterinya terbunuh.

Selepas kematian Pauline, tiga dari empat mafia yang Buford namakan terlibat dalam pembunuhan tersebut mati satu per satu secara misteri.

Khabar angin mengatakan, Buford adalah dalang disebalik kematian mafia-mafia ini namun kerana tak ada bukti kukuh untuk mengaitkan lelaki ni dan mungkin tak ada orang nak dakwa lelaki ni kerana balas dendam atas pembunuhan isterinya, Buford terlepas dari hukuman.

2. Marvin Heemeyer Dan ‘Killdozer’nya

Marvin Heemeyer 0650Fc98 356F 494E 9Cca 2D405A174Ef Resize 750

Marvin Heemeyer merupakan seorang pemilik kedai welding kecil-kecilan di Granby, Colorado dan kisah ini merupakan pergaduhan antara Melvin, suruhanjaya perancang bandar dan sebuah syarikat konkrit.

Syarikat konkrit telah membeli tanah letaknya kedai Marvin bagi membina tempat kemudahan untuk syarikat mereka. Bila suruhanjaya perancang bandar meluluskan pembinaan, Marvin mengadu yang pembinaan tersebut telah menghalang lelaki ini untuk masuk ke kedainya.

Pada awalnya, Marvin mengikut cara yang betul dengan membuat petisyen bagi menghalang pembinaan ini. Namun, selepas ditolak beberapa kali dan didenda beberapa kali juga, lelaki ini membuat keputusan untuk bertindak mengikut caranya sendiri.

Selama setahun, Marvin telah menghabiskan masa di kedainya dengan membina sebuah “killdozer”. Ia merupakan bulldozer yang dilengkapi dengan besi tebal sebagai pelindung dan lapisan konkrit di tengah-tengah serta plastik kalis peluru untuk melindungi kamera yang digunakan bagi membawa kenderaan tersebut.

1569289124748

Bukan itu je, killdozer ini turut mempunyai tiga senjata, .50 senapang kaliber, pistol automatik .308 dan senapang panjang .22.

Pada 4 Jun, Marvin telah ‘kunci’ dirinya di dalam kokpit killdozer tersebut dan pandu mesin ini ke bandar. Dia telah merempuh bangunan konkrit sebelah kedainya sebelum meneruskan perjalanan ke dewan bandar raya, dan merempuh pejabat surat khabar, bekas rumah datuk bandar, kedai hardware dan beberapa hartanah lain.

Ketika killdozer ini berada di atas jalan raya, orang ramai telah dinasihati untuk menjauhkan diri. Selepas dua jam tujuh minit, Marvin telah berjaya merempuh setiap perniagaan atau rumah yang ada hubungan dengan suruhanjaya perancang bandar. Kemusnahan ini mengalami kerugian sebanyak USD7 juta.

Heemeyer 15 Years Ago.transfer Frame 0

Kerana kemusnahan yang sangat teruk, gabenor Colorado telah memberi arahan kepada Pengawal Negara untuk menyerang Marvin menggunakan helikopter Apache dan peluru berpandu.

Bagaimana pun, belum sempat diberikan lampu hijau, amukan Marvin terhenti bila killdozer miliknya tersekat pada satu kedai yang cuba dia musnahkan.

Kerana tak berjaya mengeluarkan mesin tersebut, Marvin telah mencapai salah satu pistol dan bunuh dirinya sendiri dengan satu tembakan ke kepala.

Siasatan lanjut menemui yang killdozer tersebut dibuat tanpa jalan keluar. Maknanya, Marvin memang tak ada niat untuk keluar dari kenderaannya itu selepas menjalankan misinya.

3. Pembunuhan Ganas Perogol Bersiri Akku Yadav Oleh Sekumpulan Wanita Yang Dirogolnya

87877612Eabb577Ede790793F5C17B41

Selama bertahun-tahun, Akku Yadav telah bermaharajalela dan dikatakan telah merogol lebih dari 200 wanita di India. Mangsanya adalah wanita-wanita dari kasta rendah yang sering tak menerima pertolongan dari pihak berkuasa.

Bukan itu je, salah satu sebab Akku Yadav terlepas adalah kerana dia sering memberi rasuah kepada pegawai polis supaya kesnya digugurkan walaupun ramai mangsanya telah tampil ke hadapan membuat aduan rogol dia tetap bebas merogol wanita-wanita lain.

Lebih teruk lagi, bila ada wanita yang buat laporan ke atas lelaki ini, pihak berkuasa akan beritahu Akku dan dia akan pergi ke rumah mangsa dan mengugut untuk tuang asid kepada mereka atau rogol mereka semula. Kejam gila!

1C7C3Bf0Aeaafbc92Dfe9Da56A6872B9

Namun, tanpa disangka, kekejaman mangsa-mangsa rogol ini bakal berakhir. Ia bermula dengan tindakan Usha Narayane, seorang mangsa yang sering diganggu oleh Akku.

Dengan bantuan abang iparnya, Usha telah membuat laporan tentang perbuatan Akku kepada penolong ketua polis yang berjanji akan menahan perogol bersiri ini.

Malam itu, rumah Akku telah diserang oleh jiran-jiran dan penduduk tempatan yang bengang dengan tindakan lelaki ini. Buat pertama kalinya, Akku menyerahkan diri kepada pihak polis.

Keesokan harinya, bila Akku dihadapkan ke mahkamah, Usha dan mangsa-mangsa lain dapati yang lelaki ini bakal terlepas hukuman sekali lagi.

Tak cukup dengan tu, masa Akku dibawa keluar dari mahkamah dan lalu di hadapan mangsa-mangsanya, lelaki ni sempat panggil dorang pelacur dan mengugut untuk merogol mereka sambil polis yang mengiringi Akku hanya gelak mendengar ugutan tersebut.

Bengang dengan kenyataan Akku, wanita-wanita ini yang bersenjatakan pisau dapur, batu dan apa-apa benda yang dorang boleh capai telah menyerang Akku.

Kita tak boleh ada dekat dunia ni sama-sama. Antara kau atau aku yang patut mati.”

Akku Yadav Courtroom Bloodstain

Wanita-wanita ini bersorak sambil memukul Akku. Kerana serangan ini sangat ganas, pegawai polis yang membawa Akku telah lari dari tempat kejadian dan membiarkan perogol itu dibelasah oleh mangsa-mangsanya.

Serangan itu mengambil masa lebih dari 10 minit dan mayat Akku dibiarkan di atas lantai berlumuran darah dengan 70 tikaman beserta kemaluan yang telah dipotong.

Usha telah bersuara selepas pembunuhan itu mengatakan yang serangan ini tak dirancang. Ia adalah disebabkan oleh kemarahan wanita-wanita ini yang tak mahukan lelaki ini kembali menyerang mereka.

Pihak polis telah menahan lima wanita termasuk Usha atas kematian Akku namun mereka dibebaskan kerana tak cukup bukti.

Kematian Akku Yadav ditangan wanita-wanita yang dia seksa ini telah membuka mata masyarakat tentang keseriusan keganasan seksual terhadap wanita di India dan ini adalah salah satu kisah balas dendam yang paling memuaskan hati.

Bak kata pepatah inggris, “an eye for an eye”.

Sumber: ati

Baca: Empat Suspek Pengganas Ditahan, Rancang Buat Serangan Balas Dendam Kematian Adib

Screenshot 2019 12 13 At 4.03.47 Pm