Lately ni banyak betul kes kecurangan suami isteri yang kita baca di media-media sosial, hingga buat kita secara tak langsung terfikir — apa dah jadi dengan institusi perkahwinan sekarang ni?
Bahana menghebahkan aib kecurangan pasangan masing-masing di media sosial besar impaknya yang mungkin kita tidak nampak, tapi itu kita boleh cakap kemudian. Perkara utamanya, kenapa curang dengan pasangan masing-masing in the first place kan?
Puncanya mungkin pelbagai, tapi ketika kita sedang bercakap mengenai isu sensitif ini — ada pula seorang individu bergelar penceramah yang mengambil kesempatan atas perkara ini dengan mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya.
Perkara ini dikongsikan seorang pengguna Twitter, @IncheFaris baru-baru ini.
Isu selingkuh ni bukan perkara main-main, bayangkan berapa banyak keluarga yang sudah punah akibat berubahnya hati seorang lelaki kepada wanita lain dan vice versa — and yet, wujud seorang individu yang secara ironinya diberi amanah besar membimbing anak-anak muda yang mahu mendirikan rumah tangga, tetapi memandang enteng malah lebih teruk mempermainkan perkara seperti ini.
Generasi apa yang dia nak lahirkan sebenarnya?
Mungkin maksud dia, lelaki dibolehkan curang atas alasan untuk memenuhi keperluan batin dia dan lagi pula — lelaki kan dibenarkan berpoligami, gitu? Dalam bahasa mudahnya, poligami adalah lesen untuk suami curang.
Atau mungkin dia cuba nak sampaikan, buat apa nak curang-curang — kan ada option lagi satu yang lebih selamat dan dibenarkan, iaitu poligami.
Tak pastilah mana satu yang dimaksudkannya, dan meskipun penceramah tersebut hanya berniat untuk membuat lawak — sejujurnya, bukan begini caranya dan perkara itu turut diakui netizen lain.
So, pendapat korang macam mana?