“Kalau Allah tulis jodoh tu panjang, maka panjanglah” – Lelaki Kongsi Kisah Pasangan Tak Jadi Bercerai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau dulu, perceraian mungkin dianggap sebagai satu perkara yang tabu untuk diperkatakan secara terbuka — seolah-olah bercerai adalah satu perkara yang paling buruk dan amat memalukan dalam masyarakat kita, terutama bagi golongan wanita.

Namun kini, perubahan zaman menyaksikan ia kini mula dianggap sebagai perkara biasa dalam satu-satu perkahwinan — kerana lafaz talak mudah sekali berlaku dek perkara-perkara remeh.

Dalam satu laporan, masalah kewangan disebut sebagai antara penyebab utama kes perceraian di negara ini — dan ini disusuli dengan pelbagai alasan lain yang ada di antaranya agak ‘tidak masuk akal.’

Tapi itu semua yang dilalui tuan punya badan, jadi siapa kita untuk menilai bukan?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi kisah nyata yang terjadi depan matanya sendiri.

Ceritanya, dia mewakili seorang wanita yang sedang dalam proses perceraian bersama suaminya.

Kedua-dua pasangan ini berpisah cara baik, mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan mahkamah — sign agreement, pergi court dan suaminya akan melafazkan cerai di sana, lebih kurang begitulah plan-nya nanti.

So, kedua-dua pasangan ini berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai pembahagian harta sepencarian masing-masing…

Lepas kedua-dua pasangan ini dah discuss mengenai property masing-masing, apa yang terjadi adalah very unexpected

Jodoh itu rahsia Allah dan memang tak dijangka, sekeping kertas senarai harta je boleh menyelamatkan sebuah perkahwinan daripada diakhiri dengan perpisahan.

Perkongsian lelaki ini mendapat lebih 20k retweet dan rata-rata netizen yang membaca menzahirkan rasa sedih dan terharu mereka — serta mendoakan semoga perkahwinan pasangan tersebut akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

 

Baca: “Saya sangat rindu nak bergaduh” – Isteri Tuntut Cerai Sebab Suami ‘Sweet’, Suka Kemas Rumah Tanpa Disuruh

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.