Isu kemanusiaan di Gaza sentiasa mendapat perhatian rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk. Bagaimanapun, tindakan seorang pempengaruh (influencer) tempatan baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Menerusi satu hantaran video yang tular, influencer dikenali sebagai Haroqs yang kini sedang menyertai misi kapal Global Sumud Flotilla (GSF) dilihat bertindak membaling bungkusan gula-gula dan coklat jenama tempatan ke dalam laut.
Artikel berkaitan: “Semoga cepat sembuh Aceh” – Imam Muda Asyraf, PU Rahmat & Haroqs Turun Padang Bantu Warga Aceh
Artikel berkaitan: [VIDEO] Beberapa Kapal GSF Dipintas Tentera Israel, 5 Rakyat Malaysia Antara Diculik
“Keep sending chocolate to the kids in Gaza…”
Dalam video berdurasi pendek itu, Haroqs dilihat memakai jaket keselamatan di atas sebuah kapal sambil memegang satu plastik besar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis coklat dan gula-gula.
“Keep sending chocolate to the kids in G (Gaza), even though our radio transmission is being jammed,” tulisnya pada ruangan teks video berkenaan.
Dia kemudiannya mengambil segenggam demi segenggam coklat tersebut lalu mencampakkannya ke tengah lautan luas dengan harapan ia akan dihanyutkan dan sampai kepada kanak-kanak di Gaza. Haroqs turut memaklumkan bahawa ketika itu, sistem komunikasi radio kapal mereka sedang diganggu (jammed).
Netizen Berbelah Bahagi, Risau Ekosistem Laut Terjejas
Menjengah ke ruangan komen, tindakan tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia.

Di sebalik kritikan yang diterima mengenai isu alam sekitar, masih ramai netizen yang tampil mempertahankan tindakan influencer tersebut. Mereka berpendapat bahawa dalam situasi cemas dan terdesak di tengah lautan, itu mungkin salah satu simbolik atau usaha terakhir yang mampu dilakukan untuk menyuarakan sokongan.

Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mendoakan agar urusan Haroqs serta seluruh kru misi kemanusiaan GSF dipermudahkan dan dilindungi daripada sebarang bahaya sepanjang perjalanan mereka.
