in

“Ni pun ada yang dipertikai” – Nadir Al-Nuri Terkilan Tindakan Solat Berjemaah Di Sungai Dikecam

Ft Jemaah Di Sungai Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral semalam satu video memperlihatkan sekumpulan individu menunaikan solat jemaah di kawasan air terjun/sungai.


Ternyata video yang dimuatnaik menerusi Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Official ini telah mengundang kritikan netizen sehinggakan ada yang menggunakan sentimen politik.

Oleh sebab itu, Nadir Al-Nuri yang pernah bekerjasama dengan mereka ini menzahirkan rasa terkilan menerusi Facebook miliknya.

 

Ni pun ada yang pertikai – Nadir Al-Nuri

Kata Nadir, perkara ini tidak perlu menjadi isu pun, malah menurutnya pihak mereka di dalam video ini juga telah tampil bersuara bahawa mereka sedang memasang paip di kawasan tersebut jadi mereka ambil peluang selesaikan solat di mana mereka berada.

Jadi, bagi pandangan aktivis dari Malaysia di Palestin ini menyatakan bahawa ia adalah satu kerja kebajikan, malah ada elemen adventure dan keseronokan memandangkan kesemua yang terlibat ini adalah anak-anak muda.

“Islam itu mudah kan. Pandangan saya, kerja-kerja kebajikan memang kena diadun dengan elemen ‘adventure’ dan keseronokan. Sebab yang terlibat ini orang muda, kadang-kadang dari pelbagai latar belakang dan perwatakan.”

“Nanti mereka balik bercerita dengan kawan-kawan mereka, kami ke Kedah dengan brother hari tu, sembahyang dalam sungai, seronok gila! Maka ramai lagi akan berminat nak ikut dan bantu.”

Tambahnya perkara ini memang berkesan dan berjaya menarik minat anak muda kerana saat Nadir bersama mereka.

Jemaah Di Sungai Dikecam

“Begitu pengalaman saya bersama Tentera Merah ini ketika berada di Sabah sebelum ini. Memang kami sengaja masukkan elemen ‘adventure’ nak bagi budak-budak minat nak join.”

“Kami meredah hutan rimba, berjalan kaki masuk ke tempat perkhemahan berbelas kilometer, mengharung sungai dan berkhemah di bawah hujan lebat. Makan nasi mentah dengan sardin sambil air hujan menitik masuk pinggan. Potong buluh untuk buat atap.”

Dalam pada itu, Nadir juga menempelak mana-mana individu yang babitkan sentimen politik sebaliknya fikirkan elemen dakwah.

“Kalau tak suka PAS lantaklah. Tolak elemen politiknya. Tetapi elemen dakwah, elemen pembangunan insan, elemen tarbiyyah yang ada padanya perlu didokong.”

“Ucaplah alhamdulillah, di dunia yang penuh merosakkan ini, di zaman yang semakin mencabar ini, ada juga ruang untuk anak-anak kita berdakwah dan ditarbiyyah.”

Sedih juga gambar ni pun ada yang pertikai, kata nak menunjuk amalan, solat di tempat tak sesuai.Ada yang sudah respon…

Posted by Nadir Al-Nuri on Wednesday, August 25, 2021

Dalam pada itu, Nadir juga meminta mereka yang selalu bagi complaint ini untuk berlatih dengan kumpulan yang digeruni Israel iaitu Bridged Al-Qassam. Jika ada yang tak faham maksud Nadir, boleh baca kriteria untuk jadi anggota mereka.

 

Baca : Nadir Al-Nuri Jelas Isu Sumbangan RM20 Juta Setahun, Siap Sertakan Laporan Kewangan

Cover 22

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.