in

“Eh kena balik?” – [VIDEO] Reshoot Nak Surprise ‘Atok’, Amelia Henderson Tak Sangka Kena Prank Birthday Balik

Amelia Henderson Drama Baru Tv3 Ft Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon yang sedang meningkat naik, Amelia Henderson baru-baru ini ada kongsikan satu ‘babak’ dalam drama ‘Kisah Cinta Kita’ yang bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3, bermula November nanti.


Difahamkan, drama tersebut bakal mempunyai 28 episod dan menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson selain turut dibintangi oleh pelakon Hazman Al Idrus, Daniella Sya,Ikmal Amry,Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Menerusi satu video pendek di Instagram baru-baru ini, Amelia ada memuat naik satu ‘babak’ yang kononnya terpaksa dilakukan semula. Menerusi kapsyen, difahamkan tujuan asalnya adalah untuk ‘mengenakan’ watak atuk yang dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan.

Amelia Henderson Birthday Prank

“Ada plot twist pulak”

Daripada riak muka Amelia, dia nampak terkejut apabila kek yang dibawa Aedy Ashraf tersebut rupa-rupanya ditujukan kepada dirinya, bukannya ‘prank’ seperti dalam skrip.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? (@ameliath)

Difahamkan, perkara tersebut sememangnya telah dirancang oleh kru produksi sempena meraikan ulangtahun kelahiran Amelia pada 20 Oktober tersebut. Memasuki ruangan komen, ramai peminat turut mengambil kesempatan untuk membuat ucapan yang sama.

“Eh plot twist kedua” 

Menerusi video tersebut, pada awalnya kelihatan hanya Amelia sahaja yang nampak terkejut dengan perkara tersebut, namun si ‘pembawa’ kek turut menerima kejutan yang sama oleh kru produksi.

Amelia Henderson Aedy Ashraf

Aedy pada awalnya terkejut ketika kek kedua dibawa beserta nyanyian happy birthday, reaksinya turut terkejut apabila mengetahui kek kedua tersebut disediakan untuknya yang difahamkan turut menyambut hari lahir dalam bulan yang sama.

Secara tak langsung, video tersebut sedikit sebanyak telah membuatkan ramai tak sabar untuk menonton drama ‘Kisah Cinta Kita’ tersebut.

Kalau dah nama pelakon tu, memang real eh dia bawak watak…

Baca : “Kalau benci tengok I kat timeline, tolonglah block” – Dikecam Kerana Berpakaian Seksi, Amelia Henderson Tak Kisah Apa Kata Netizen

Amelia Henderson

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.