in

“Ni bukan mamak tau” – Wanita Dapat Mesej Food Rider Sebab Order Makan Dari Kedai India

Ft Penghantar Makanan Pertikai Orang Order Thosai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun negara kita ini berbilang kaum, masih wujud lagi segelintir orang yang begitu skeptikal dengan golongan lain.


Variasi makanan dari kaum-kaum lain ini juga satu simbolik perpaduan di negara kita, tetapi tidak dinafikan untuk umat islam ada batasannya kerana faktor agama, tetapi banyak sahaja yang halal dan boleh dimakan.

 

Islam ke tahu tak ini kedai India

Satu kejadian yang terjadi kepada seorang wanita ini, dia ada kongsikan pengalamannya dengan WORLD OF BUZZ apabila makanan yang dia pesan menjadi pertaikaian penghantar makanan hanya kerana memesan makanan dari bangsa lain.

“Sebagai pelanggan dan rakyat Malaysia, saya rasa tak ada salah pun makan dekat mana-mana kedai bangsa lain asalkan halal.”

Dia memesan thosai dan idly daripada restoran dari kedai makan makanan India di Sungai Buloh secara penghantaran, tiba-tiba dia dapat satu mesej daripada penghantar nak dapatkan pengesahan jika dia itu orang islam atau tidak.

Screenshot 2022 03 09 171811

Menjawab pertanyaan penghantar tersebut, dia dipersoal bahawa kedai yang dia pesan itu adalah dari kedai makan India bukan mamak.

“Ada ke peraturan yang Melayu tak boleh makan kedai India? Penghantar makanan tu hanya patut buat kerja dia dan jalankan tugas je, bukan nak jatuh hukum.”

Katanya kepada sumber, dia berharap agar mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk jaga adab dan tatatertib dengan pelanggan dalam menjalankan tugas.

Baca : “Tak serik” – [VIDEO] Netizen Minta Rider Berhati-hati, Kerap Accident Sebab Langgar Traffic Light

Rider Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

 

Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.