in

“Ni bukan doktor ni pembunuh” – 900 Kanak-kanak Kena HIV Gara-gara Doktor Guna Balik Syringe Dalam Tong Sampah

Collage 69 E1660363777581

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir ribuan nyawa bakal melayang kerana tindakan bodoh doktor ni!


Pada 28 Oktober lalu, seorang doktor pakar kanak-kanak dari Pakistan dilaporkan telah  menjangkiti hampir 900 kanak-kanak bawah 12 tahun dengan HIV kerana dia suntik mereka guna picagari yang dah dibuang dalam tong sampah. Whattt?!

Menurut Independent, pakar kanak-kanak Dr Muzaffar Ghanghro merupakan antara doktor termurah di kawasan bandar Pakistan. Mana taknya, dia hanya cas 30 rupees (80 sen) je untuk satu lawatan.

Doctor Uses Syringe He Threw In The Bin On Children Over 900 Of Them Are Now Hiv Positive World Of Buzz 2
Sumber: the sun

Salah seorang bapa kanak-kanak yang dijangkiti ini berkata, dia pernah nampak Dr Muzaffar cari syringe dalam tong sampah untuk digunakan pada anaknya yang berusia enam tahun.

Bila bapa ini membangkang, doktor ni hanya cakap yang dia tak mampu pun nak bayar untuk jarum baru. Boleh pulak macam tu.

Kalau tak setuju dengan rawatan ni, pergi cari doktor lain.

Boleh tak korang bayangkan apa perasaan bapa ni? Walaupun bayaran doktor ini murah, namun kerana kehidupannya yang sangat daif, dia perlu berlapar untuk beri anaknya ubat.

Bapa pada tiga anak yang dijangkiti penyakit itu pula menuduh doktor pakar ini menggunakan jarum yang sama untuk bagi drip pada 50 kanak-kanak.

Ada pula ibu bapa lain yang mengadu, sejak anak mereka disahkan menghidap HIV, saudara mara mereka sampai dah tak nak datang melawat mahu pun sentuh anak mereka. Allahu…

Tak cukup dengan tu, ada juga ibu bapa yang ikat dan kurung anak dorang sebab tak nak orang lain kena jangkitan yang sama. Apa lah salah budak-budak ni?

Doctor Uses Syringe He Threw In The Bin On Children Over 900 Of Them Are Now Hiv Positive World Of Buzz
Sumber: the sun

Sejak insiden-insiden ini, doktor tersebut telah pun ditahan dan didakwa atas kesalahan kecuaian dan menyebabkan kecederaan selepas ibu bapa kanak-kanak malang ini berkumpul dan menuduh pakar tersebut kerana menggunakan jarum yang sama berulang kali pada anak-anak mereka.

Bukan tu je tau, lebih 200 orang dewasa juga disahkan positif HIV selepas virus ini tersebar sejak April tahun ini. Tapi, jumlah ni hanya untuk kes yang dilaporkan saja. Pegawai kesihatan mengatakan, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana ada lagi 200,000 rakyat belum membuat ujian. Gilalah.

Merlin 163279440 2F2Ccf1E 362F 43Cb 98E3 B8787C6758Ba
Sumber: the new york times

Imran Akbar Arbani, doktor pertama yang mengesan wabak penyakit pada kanak-kanak ini mengatakan selagi doktor pakar, doktor gigi dan tukang gunting rambut yang cuai dan tak kisah pasal keselamatan pesakit ini wujud, selagi itu lah wabak HIV ini akan terus meningkat.

Aduh, nasib baik doktor ni dah kena tangkap tapi budak-budak yang kena HIV ni entah apa lah nasib dorang…

 

Baca: “Saya tak nak mati” – Parents Kurung Anak Dalam Bilik Kedap Udara Sebab Malu Anak Dapat HIV

Screenshot 2019 10 31 At 11.54.44 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.