in

“Ni betul lepas rindu” – Tak Pasal-Pasal Jalan Sesak Sebab Dua Biawak ‘Berpelukan’ Di Tengah Jalan

Page Biawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak jalanraya dah mula sibuk, jalan jammed merupakan perkara biasa yang perlu dihadap oleh pemandu-pemandu kereta. Tidak kira sama ada mahu pulang ke kampung ataupun bergerak ke tempat kerja.


Pun begitu, ada juga faktor lain yang menjadi salah satu punca jalan sesak seperti kemalangan ataupun kehadiran haiwan yang berbahaya di tengah jalan. Ye lah, untuk kita lebih berhati-hati kan. Sebab malang tu tidak berbau, betul tak?

Menerusi video perkongsian TikTok @jaamusangmanja, dia sempat merakam satu kejadian yang menggeli hati ketika memandu di satu jalan yang dilihatkan agak sesak. Ternyata punca jalan itu menjadi sesak adalah disebabkan dua ekor biawak sedang ‘berpelukan’ di tengah jalan.

@jaamusangmanja

rindu betul ni?

♬ bunyi asal – JaaSukri?? – JaaSukri??

Dalam video itu, kereta yang berada di kedua-dua arah, bergerak perlahan kerana risau sekiranya dua ekor biawak itu secara tiba-tiba melarikan diri selepas seronok ‘lepaskan rindu’. Seperti pemilik akaun TikTok itu sendiri, dia menggunakan peluang itu untuk merakam aksi tersebut.

Dengan menggunakan muzik latar Dari Jauh Kupohon Maaf oleh Sudirman, ramai yang memberi komen kononnya kedua-dua ekor biawak itu berpelukan setelah sekian lama tidak pulang ke rumah. Ada yang turut memberi komen supaya berpeluk di tepi jalan kerana kereta sibuk untuk ke sana dan ke mari.

“Tahu lah dah lama tak jumpa.. tapi janganlah susahkan orang ahahah” – Netizen

Komen Biawak 1

Komen Biawak 2

Komen Biawak 3

 

Betul ke biawak peluk sebab rindu? Ini penjelasannya..

Rupa-rupanya aksi berpeluk itu bukanlah disebabkan mereka rindu antara satu sama lain. Tetapi, menurut Parapuan, sekiranya ada dua ekor biawak kelihatan seperti sedang berpeluk, kedua-dua biawak tersebut sebenarnya biawak jantan yang sedang bertarung untuk menunjukkan kekuatannya!

Biawak

Sekiranya tiada yang kalah dalam pertarungan itu, kedua-dua biawak jantan tersebut tidak akan berganjak dari tempat mereka. Wah, dah macam game gusti dah ni!

Oleh itu, pemandu dinasihatkan untuk perlahankan kenderaan dan berhati-hati di jalanraya sehingga melepasi kawasan di mana biawak-biawak itu sedang bertarung. Elakkan risiko untuk ditimpa kemalangan.

Haa, korang jangan bertindak melulu je pula. Jaga keselamatan bila memandu okay?

Baca: [VIDEO] Lelaki Solat Tengah Jalan Masa Trafik Sesak, Nasib Baik Ada Abang Polis

Untitled 2 2

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: Parapuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.