in

[VIDEO] Lelaki Solat Tengah Jalan Masa Trafik Sesak, Nasib Baik Ada Abang Polis

Lelaki Solat Tengah Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kira-kira jam 3.45 petang tadi, terdapat satu insiden yang membimbangkan orang ramai dimana ada seorang lelaki membuat satu tindakan yang boleh membahayakan nyawa di khalayak orang ramai.


Menurut perkongsian yang dirakam dan dikongsikan menerusi IG Story Feriansyah Yusrif, dilihat seorang lelaki memakai baju berwarna merah di tengah-tengah jalan yang tengah sesak.

 

Lelaki solat tengah jalan sesak, polis trafik tak boleh nak buat apa-apa

Kata Feriansyah kepada Lobak Merah, kejadian ini berlaku di  hadapan salah satu stesen petrol di Taman Wahyu, Kuala Lumpur.

Katanya, dia baru selesai membuat urusan penghantaran barang dan singgah ke stesen petrol tersebut dia ternamnpak lelaki tersebut berjalan dengan selamba diatas jalan seperti tiada apa yang terjadi.

“Dia jalan dari depan NSK, Jalan dekat lane 3, lane paling kanan tu, santai macam tak ada apa yang terjadi.”

Bagaimanapun, Feriansyah menjelaskan bahawa ada polis trafik dari kawasan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana aliran kenderaan yang lalu lalang disitu agak laju.

“Polis trafik tu pun tak boleh nak buat apa sebab dekat situ kan kereta semua laju-laju.”

Selepas tiba depan stesen petrol itu, lelaki tersebut terus bentang sejadah dan mengerjakan solat disitu dan jalan menjadi sesak. Bagaimanapun, polis trafik tersebut bantu mengawal aliran trafik semasa lelaki tersebut solat.

Namun begitu, bagaimana ia berhenti tidak dapat dipastikan kerana Feriansyah berlalu pergi dari kawasan tersebut.

 

Baca : “Saya dulu pun jenis solat bersepah” – Dah Lama Belajar Senyap-Senyap, Zul Ariffin Seronok Dalami Ilmu Agama

Ft Zul Ariffin Akui Dulu Lalai Bab Agama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.