in

“Ni baru betul Malaysian” – Netizen Terhibur Tengok Aksi Uncle Ini Menyanyi Dalam Bahasa Kebangsaan

Untitled Collage 5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah dengar slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’? Bahasa mencerminkan bangsa, bahasa jugalah yang menyatukan bangsa.


Walau berbeza bangsa, suku kaum dan anutan agama — tapi bahasa yang kita tuturkan adalah sama, iaitu bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan kita. Penggunaan bahasa yang satu inilah yang memudahkan komunikasi seharian kita semua, jadi benarlah — bahasa menyatukan bangsa.

Cuba tengok video yang dikongsikan seorang pengguna Twitter ini.

Dan apa yang korang rasa di sudut hati? Terhibur sudah pasti.

Kagum dan bangga? Tentulah lebih lagi kerana melihat seorang pakcik tua berbangsa Cina yang fasih dan lancar menyanyikan bait-bait lirik ‘Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai.’

Terserlah, orang lama ini bangga jadi anak Malaysia — sampai kita yang menonton pun turut dapat rasai semangat dari nyanyiannya.

Kalau mengikut info dari perkongsian itu, pakcik ini menetap di Pagoh. Dan salah seorang netizen memaklumkan, di kawasan tersebut memang ramai atok Cina yang fasih berbahasa.

3 6

Netizen lain yang melihat turut sama memuji dan memberi reaksi positif, hinggakan video tersebut kini telah mendapat hampir 97k tontonan. So apa kata kita semarakkan kembali semangat cintakan bahasa, sama macam uncle ni buat?

 

Baca: “Ya Allah mengalir air mata” – [VIDEO] Imam Mekah Cakap Bahasa Melayu, Doakan Rakyat M’sia Selamat Dari Covid-19

Capture 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.