in

“Ni baru betul Konsert Cinta Di Awan” – Penumpang Teruja Dapat Lihat Persembahan Siti Nurhaliza ‘Live’ Dalam Pesawat

collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tak teruja apabila artis kegemaran tiba-tiba buat penampilan secara live di dalam pesawat? Jika situasi ini berlaku dekat korang pasti korang akan rasa momen itu adalah momen paling bertuah dalam hidup!

Sebuah video telah dikongsikan oleh seorang penumpang pesawat saat biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil menyanyi di dalam pesawat sewaktu penerbangan dari Malaysia ke Indonesia.


Screenshot 2025 08 26 122940

Artikel berkaitan: Tiba-tiba Rebah & Koma 5 Hari, Lelaki Tersedar Selepas Dapat ‘Voicenote’ Dari Siti Nurhaliza

Video yang tular itu dirakam oleh seorang pengguna tiktok yang dikenali sebagai @dasabdul, menunjukkan Siti sedang menyanyi menggunakan mikrofon kabin pesawat sahaja.

Meskipun tidak menggunakan mikrofon yang canggih, suara lunak Dato’ Siti tetap merdu.

@dasabdul Hebat penerbangan kali ini, first time tgk @Siti Nurhaliza nyayi live. Dah la tu guna mic kapal terbang pun bunyi sedap. Rezeki musafir utk ke program HasbulBrothers di yogyakarta indonesia #dasabdul ♬ original sound – Das Abdul

Menurut @dasabdul, beliau sedang dalam perjalanan ke sebuah seminar di Indonesia bersama rakan-rakan sekerjanya. Kebetulan, Siti Nurhaliza menaiki pesawat yang sama, menuju ke destinasi yang serupa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji suara lunak Dato’ Sri Siti meskipun hanya menggunakan mirkrofon kabin pesawat. Ada juga yang mengatakan betapa beruntungnya menjadi penumpang pesawat itu kerana dapat mendengar secara live nyanyian biduanita negara.

Screenshot 2025 08 26 122200

Screenshot 2025 08 26 122213

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.