Berbeza dengan influencer lain yang kebiasaannya melenting di media sosial apabila diri mereka dikompaun kerana langgar SOP masa musim PKP, Nur Syafiq Naser lebih bersikap terbuka dan akui salahnya apabila dia telah dikompaun sebanyak RM 2,000.
Dikompaun di musim pkp ni. Takpelah, aku redha.”
Syafiq kongsikan berita ini di TikTok pada 11 jam lepas sepanjang tempoh artikel ini ditulis, dalam videonya, Syafiq dilihat seperti memarahi dirinya sendiri kerana mengingkar arahan kerajaan,
Dia perlu membayar kompaun tersebut di Pejabat Daerah Petaling, Kelana Jaya, kelihatan dia mengeluarkan wang tunai sebanyak RM 2,000 untuk dibayar kompaun dari mesin ATM memandangkan pihak terlibat menjelaskan bahawa bayaran hanya akan diterima dengan cara tunai.
Bagaimanapun, dia mendapat diskaun sebanyak 50% kerana membayar kompaun dalam tempoh seminggu dari tarikh dia dikompaun.
Syafiq juga ada memberikan sedikit info kepada orang ramai mengenai bayaran diskaun tersebut. Memandangkan dia penerima BPN, Syafiq menjelaskan dia dapat lagi potongan diskaun dan akhirnya dia hanya perlu membayar RM 500.
Kesalahan yang Syafiq lakukan adalah menaiki kenderaan lebih daripada had yang ditetapkan, seperti yang kita sedia maklum, SOP Am telah menetapkan garis panduan semasa musim PKP bahawa hanya 2 orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar, namun Syafiq membawa 3 orang penumpang.
Itu sebablah dia dikompaun kerana dia di tahan dekat salah satu tempat yang ada sekatan jalan raya. Apapun, Syafiq akui salahnya dan membuat video ini supaya menjadi ikhtibar agar patuh SOP yang telah ditetapkan.
@nursyafiqnaser Melayang duit akuuuuu. Dikompaun di musim pkp ni. Takpelah, bukan rezeki kami. Aku redha 🥲 #shouldbeme #fypppp
Good info, good attitude – Netizen
Rata-rata netizen memuji sikapnya yang bergitu terbuka kerana mengaku kesalahan sendiri dan sekaligus memberikan mesej positif untuk dijadikan pengajaran berbanding dengan segelintir influencer lain.
Dalam masa 11 jam ia dikongsikan, video ini telah meraih sebanyak 222.4K jumlah tontonan dan lebih daripada 1,000 jumlah perkongsian.