in

“New nephew coming soon”- Uncle Roger Bakal Bergelar Bapa Tidak Lama Lagi

Uncle Roger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak, YouTuber dan usahawan kelahiran Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger, berkongsi berita gembira apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Uncle Roger yang mendirikan rumah tangga dengan wanita warganegara Amerika Syarikat, Sabrina Ahmed, pada tahun lalu memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram.


3 3

Artikel Berkaitan: “Ok Jason dah keluar vid” – Pempengaruh Bagi Review Jujur Tentang Makanan Di Restoran Uncle Roger

Artikel Berkaitan: Raih Lebih Sejuta Tontonan Di YouTube, Ramai Terhibur Tengok Uncle Roger Kena ‘Sekolah’ Dengan Chef Wan

Menerusi perkongsian tersebut, Uncle Roger turut memuat naik foto imbasan bayi sebagai tanda keterujaan menyambut kehadiran cahaya mata sulungnya.

Dalam hantaran sama, beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan Selamat Menyambut Ramadan kepada para pengikutnya di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut tampil mengucapkan tahniah kepada Uncle Roger dan isterinya atas berita gembira itu.

Malah, chef terkenal, Gordon Ramsay turut meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.

4 3

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.