in

Isu Lawak Perang Ukraine: Uncle Roger Akui Buat Lawak Hambar, Tapi Takkan Minta Maaf

ft roger tak nak minta maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, di saat rakyat Malaysia sedang membicarakan mengenai perang antara Ukraine dengan Russia, satu isu timbul apabila Uncle Roger telah membuat satu perkongsian lawak di Twitter yang dikatakan sebagai tidak menjaga sensitiviti mengenai hal tersebut.

Oleh sebab itu, dia telah dikecam teruk oleh netizen dan menggesa dirinya untuk membuat permohonan maaf, namun begitu, semalam dia ada buat kenyataan secara terbuka yang dia tak akan minta maaf.


 

Minta maaf kalau buat salah, tapi..

roger tak nak minta maaf

Menerusi podcastnya semalam, dia sedar mengenai kecaman yang dilemparkan kepadanya dan anggap bahawa tiada apa yang perlu nak minta maaf.

“Saya takkan minta maaf. Bagi pegangan saya, minta maaf kalau buat salah bukan kalau buat lawak hambar.”

Kata Nigel NG lagi, dia dah banyak buat lawak yang menyentuh isu-isu semasa dan menurutnya kalau asyik minta maaf, ia akan jadi membosankan.

roger tak nak minta maaf 2

“Saya dah pernah buat lawak pasal pedofilia, Covid-19, kanak-kanak, jadi takperlulah minta maaf setiap minggu, nanti content jadi bosan.”

Nigel turut menjelaskan bahawa seluruh dunia buat memes pasal kejadian bom di Ukraine itu. Tegasnya lagi, lawak mengenai peperangan boleh jadi kelakar kalau dibuat dengan cara betul, sama sepertimana orang lain buat pasal 9/11, perang dunia kedua dan Covid-19.

Baca : “Melawak tak kena tempat'” – Netizen Kecam ‘Uncle Roger’, Berjenaka Tentang Kemelut Ukraine & Russia 

Untitled design 2022 02 25T115824.184

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.