in

Netizen Rayu Geng Anti Vaksin Agar Tak Sebar Berita Palsu Kepada Warga Tua

Cover 12 E1624683506555

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang kerajaan dan frontliners giat mendidik rakyat Malaysia agar menerima vaksin demi kebaikan bersama, ada pula beberapa individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu.

Menerusi perkongsian seorang wanita di Twitter (@yanakhairuddin), dia memuat naik satu ciapan berkenaan luahan seorang individu lain yang kecewa dengan sikap keluarga kerana takut dengan vaksin.


Luahan ini diterima oleh Yana Khairuddin menerusi Instagram peribadinya. Sila rujuk ciapan di bawah sebagai rujukan.

https://twitter.com/yanakhairuddin/status/1390503902689169409

“Minum air zam zam je”

Berdasarkan perkongsian tersebut, individu ini terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab ahli keluarga yang lain kerana menghasut ibunya agar tidak mengambil vaksin.

Hasil hasutan itu, ibunya menangis ketakutan kerana tidak mahu mengambil vaksin.

Jelas individu tersebut, ibunya yang berusia 76 tahun itu itu menetap bersama dia dan suami. Namun, dia dan suami boleh dikategorikan sebagai individu berisiko tinggi kerana bekerja di kilang. Menetap bersama ibunya yang berusia boleh memberikan risiko terkena jangkitan.

2 1 2

Lebih mengecewakan, banyak berita palsu berkenaan vaksin yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook. Tidak cukup dengan itu, abang dan kakak individu ini menyuruh ibunya untuk minum air zam-zam sebagai ganti kepada vaksin.

Di akhir ayat, individu ini meluahkan rasa malu kerana terpaksa membatalkan temu janji ibunya bersama KKM untuk tujuan vaksinasi.

“My mom termakan cakap kawan-kawan…”

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen berkongsikan kisah yang sama berkenaan keluarga mereka terhasut dengan berita palsu berkenaan vaksin.

A 2

B 2

D

Lebih memilukan, ada yang betugas sebagai pembantu kesihatan, namun masih bertindak menghasut orang sekeliling agar tidak mengambil vaksin. Ironi?

C 2

Usah sebar berita palsu!

Kesan sampingan selepas menerima vaksin adalah normal, malah hal ini sudah berkali-kali dijelaskan oleh pihak KKM sendiri.

Antara kesan sampingan yang bakal diterima adalah demam. Namun jangan khuatir, anda akan kembali sihat dalam tempoh lebih kurang 48 jam.

Bagaimanapun, jika anda mengalami kesan sampingan seperti mata kabur, rasa mual atau sawan, anda boleh dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Mudah bukan?

Anda boleh rujuk penerangan terperinci di bawah ini.

Ingat, vaksin adalah selamat. Jangan sebar berita palsu!

 

BACA: Situasi COVID-19 Di Malaysia Jadi ‘Pengajaran’ Di Indonesia

Cats 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.