Pada ketika ni, confirm semua penyokong setia skuad Harimau Malaya dah berkobar-kobar nak tengok perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Vietnam dekat Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni. Betul tak?
Tapi, dalam pada korang bersemangat nak beri sokongan penuh dekat pasukan bola sepak kita tu, jangan lupa tunaikan kewajipan pulak ye…. Jangan risau terlalu ramai orang dan surau penuh, sebab surau tambahan dah disediakan untuk korang tunaikan solat tau!

Menurut seorang netizen, dia bersama gengnya dah buat tiga surau sementara dekat sekitar kawasan stadium bagi memudahkan para penyokong. Wah, bagusnya!
Kata Saidul Marjuni, semalam mereka sudah pun buat pengukuran dan tanda arah kiblat dekat surau sementara tu untuk penyokong tunaikan solat malam ni.
“Ingat, tengok bola tengok bola juga… Solat jangan tinggal ya…”

Usaha mereka disambut baik dan dipuji ramai orang lepas post Saidul mula viral dekat Facebook. Rata-rata berterima kasih dan salute dengan usaha murni mereka yang boleh menjadi asbab dan saham di akhirat nanti.

Bukan setakat Facebook, rupanya cerita ni dah sampai dekat pengetahuan pengguna Twitter juga. Dan of course, warga Twitter pun turut sama puji kerja mulia mereka ni.
“Besar ganjaran mereka yang memudahkan beribu-ribu orang solat berjemaah. Selagi orang solat di situ selagi itu dapat ganjaran.”

Ada juga yang sempat pesan dekat para penyokong supaya bawa air sebotol untuk ambil wuduk sebab confirm ramai gila manusia nanti kan. Selain tu, jangan lupa juga bawak sesuatu sebagai ganti sejadah. Tapi botol tu lepas guna buang di tempat yang betul ye!
Seorang individu pun ada kongsi nota ringkas berkenaan solat jamak sebagai rujukan untuk sesiapa yang memerlukan. Bagusnya!

Terima kasih kepada mereka semua dan harapnya usaha mulia macam ni jadi ikutan ramai. All the best kepada skuad Harimau Malaya, semoga kemenangan milik Malaysia!