Bagi korang yang follow kisah Elfira Loy dan Sufian Suhaimi satu masa dulu, korang mesti ingat mamat bernama Asyraff Mazlan ni. Asyraff Mazlan ni seorang instafemes yang memang terkenal sebab dia suka kumpul barangan jenama Supreme.
Admin tak sure lah Supreme yang Asyraff guna ni ori atau tak, tapi boleh dikatakan dari baju, beg, kasut dan sampailah ke kapak nak potong daging korban pun jenama Supreme woih! Haa tudia punya obses dengan Supreme!
Menerusi perkongsian di Twitter, gambar Asyraff menggunakan kapak Supreme untuk potong daging korban ni dah viral dan menjadi buah mulut netizen di media sosial.
Rata-rata netizen macam biasalah membawang dan ada yang sampai ke tahap ‘menganjing’ kelakuan Asyraff. Ada yang siap cakap dapat pahala ke kalau pakai kapak jenama Supreme. Kesian dia ye.
Tak cukup dengan tu, ada di kalangan netizen yang persoal betul ke barang yang Asyraff ni pakai ori? Macam fake je. Tapi ada jugak backup cakap Asyraff ni memang orang berada, barang-barang yang dia beli ni memang legit. Bagi yang tak tahu, memang Supreme ada keluarkan kapak for real tauuu!
Papepun korang husnuzon sajalah dengan instafemes ni. Kalau dia dapat beli barang Supreme, itu rezeki dia kan. Tak elok korang jeles atau bersangka buruk. Nah video Asyraff tengah potong daging guna kapak Supreme. Berguna jugak kapak tu!
https://www.instagram.com/p/Bm0mxTrjUhl/?taken-by=asyraffmazlan
Pelik-pelik jugak eh barang yang Supreme ni keluarkan. Patutlah ramai yang suka kumpul buat collection!
Baca: Pergi Mekah Bersama, Usahawan Muda Ini Kekasih Baru Elfira Loy?