in

Netizen Komen Video Baru Hafidz Roshdi, Balasan Tuan Badan Buat Ramai Tak Selesa?

Syaz Ft 2026 03 06T142004.096

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekali lagi, pelakon Hafidz Roshdi menjadi perhatian netizen, namun kali ini bukan kerana lakonannya, tetapi ia kerana satu komen di TikTok yang dianggap sangat tidak sensitif dan keterlaluan.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna TikTok meninggalkan komen di hantaran terbaru Hafidz, bertanya secara sinis sama ada gaya dalam video tersebut menyerupai situasi dia menumbuk bekas isterinya dahulu.


Walau bagaimanapun, Hafidz dilihat membalas komen tersebut dengan nada berseloroh yang dianggap ramai sebagai satu tindakan “kurang cerdik”.

Artikel berkaitan: “Dia memang tak peduli” –  Shuhada Langgar Perintah Mahkamah, Hafidz Roshdi Tak Dapat Jumpa Anak-anak

Artikel berkaitan: Ibu Tarik Diri, Shuhada Diminta Bawa Pulang Anak – Peguam Hafidz Roshdi

Cats 7

Tindakan Hafidz yang meletakkan emoji ketawa pada jawapan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen menyifatkan dia seolah-olah tidak menyesali perbuatan lampaunya yang pernah terkait dengan kes mencederakan bekas isteri, Shuhada Shukri.

Komen tersebut dianggap sebagai satu penghinaan kepada mangsa keganasan rumah tangga dan menunjukkan sikap bongkak pelakon tersebut.

Cats 8

Sedar bahawa kenyataan itu memakan diri dan mengundang gelombang kritikan yang tidak henti, semakan terbaru mendapati Hafidz Roshdi telah pun memadam komen balas tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan “delete” itu sudah terlambat kerana tangkap layar (screenshot) perbualan tersebut telah pun tular di pelbagai platform media sosial seperti Twitter (X) dan Instagram.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.