Seorang pembaca berita lelaki dari Korea Selatan baru-baru ini telah menarik perhatian netizen berikutan dengan cara uniknya menyampaikan berita.
Pada 17 Mei 2022 , anggota SNSD (Girls Generation), Hyoyeon ada melancarkan album mini yang berjudul ‘DEEP’.
Menari sebelum baca berita
Berita itu pastinya mendapat liputan daripada agensi-agensi berita tempatan. Namun begitu, pembaca MBC’s News Today telah menyampaikan berita tersebut dengan cara yang berbeza dibandingkan dengan cara tipikal penyampaian berita .
Pembaca yang dikenali sebagai Jung Young Han dilihat menari sebelum kembali memulakan penyampaian berita tersebut secara formal.
Ketika tarian dilakukan, ia berlatar belakangkan muzik video lagu ‘DEEP’ dan dia melakukan tarian sama seperti dalam muzik video tersebut.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Jung Young Han menarik perhatian pembaca dengan tariannya, sebelum ini dia juga pernah melakukan “Gangnam Style” daripada PSY.
Malah dia juga pernah memukau penonton dengan tarian lagu “How You Like That” daripada BLACKPINK ketika ingin memberikan shoutout kepada kumpulan itu kerana meraih lebih daripada 1.1 billion jumlah tontonan, lapor sumber.
Dengan tularnya video itu, netizen daripada satu forum dari Korea yang dikenali sebagai Theqoo memberikan respon positif kepada cara Young Han.
Mereka anggap ia satu perkara yang menghiburkan, ada juga yang mengatakan mereka lebih tumpukan cara dia menari daripada kandungan berita dan anggap bahawa dia sepatutnya pergi ke industri hiburan.