in

“Walaupun badan dia comel, tapi moves dia mantap” – Netizen Terpegun Pelajar Sekolah Lincah Menari Lagu Blackpink

Aeeda72F 3048 4Dc7 A72C 52699Ae4D2Ed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu-lagu Korea atau lebih dikenali dengan K-Pop adalah satu fenomena yang melanda tanah air kita dan hampir ke seluruh dunia. Gelombang yang bermula dengan lagu hit Gangnam Style ini seakan-akan tidak nampak lagi titik hujungnya.


Begitu juga dengan generasi muda yang mengikuti fenomena ini dan seakan menjadi sebahagian norma dalam aktiviti seharian. Dengan gerak tari yang lincah, sesiapa yang mampu mengikut gerak tari Kpop ini mampu membuat orang lain terpegun. Twitter @aimanzzss ada berkongsi video berdurasi 18 saat, seorang pelajar sekolah melakukan gerak tari Kpop.

Badan comel pun boleh menari

616D1582 74F9 481D B61F E8Aae0933365Memang tak dinafikan pergerakan tariannya tepat dah mengikut rentak lagu. Memang wajar diketengahkan bakat yang terpendam ini. Kelas kau, dik!

317523B4 50Cb 4F75 Ae53 36E63C8Acbe4Confident adik ni memang hebat. Dah lah menari solo, dekat sekolah, sambil pakai baju sekolah. Persetankan saja orang ramai yang kaki kecam tu. Kau memang power, dik!

487Ecbc5 F41C 4A8C 8435 C375Bac0D70EBetul, lebih baik lagu terpengaruh dengan lagu Kpop yang kita tak faham bahasa dia berbanding dengan lagu yang kita faham maksud tapi mencarut je banyak. 

 

Apa-apa pun minat kita dalam seni tak kiralah muzik, tarian, lukisan atau apa sekali pun, seharusnya diberi pendedahan yang cukup untuk mengembangkan lagi bakat yang ada. Janganlah kita sebagai netizen hanya mahu mengecam akan minat dan preference orang lain. Nampak gaya macam boleh guna untuk zumba ja moves lagu Blackpink ni, confirm berkicap!

 

Baca: ”Dia confident dengan diri dia kau?” -Netizen Tempelak Pemuda Ini Kutuk Lelaki Berbadan Besar Menari

C9919A4E 337D 4782 8B22 F60662E3C9Af

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.