in

Netizen Geleng Kepala Tengok Lelaki Bawa Muatan ‘Overload’ Nak Balik Kampung, Dengan Motor Sekali Diangkut!

Balik Beraya Bawa Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah dekat seminggu kita menyambut Syawal tapi masih ramai yang seronok beraya. Yelah kan, dah dua tahun kita tak dapat beraya sakan. Korang masih kat kampung ke? Buat siapa-siapa yang dalam perjalanan balik tu, berhati-hati di jalan raya ye.


Bercakap pasal pulang berhari raya di kampung, min nak kongsikan satu video pulang beraya ni. Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

“Dah alang-alang tu bawak sekali jelah satu rumah” – netizen

Menerusi video terbabit, seorang lelaki dilihat menunjukkan muatan di ruangan bonet belakang sebuah kenderaan yang dipercayai adalah jenis LCGC Ayla atau Agya.

033361000 1651029246 0000487992 E1651888876447

Apa yang menarik perhatian netizen adalah bukan sahaja ruangan simpanan barang itu dimuatkan dengan beg bagasi beroda dan kotak, ada sebuah motorsikal berwarna biru turut disumbat di tempat sama. Kesemua barangan terbabit yang dipercayai bakal dibawa pulang ke kampung sempena hari raya telah diikat rapi dengan tali sebelum kanvas berwarna biru akan menutupinya untuk mengelakkan barangan terjatuh.

Tak mengejutkan apabila video terbabit segera mendapat perhatian pengguna media sosial lain. Rata-ratanya geleng kepala melihat muatan kenderaan yang ternyata overload itu. Tak kurang juga, ada yang menganggap ia mungkin sengaja dibuat bagi meraih populariti di media sosial.

“Bahayakan diri dengan orang lain je bawak barang sampai overload begitu,” tulis netizen.

“Tak pasal-pasal je kena tahan dengan polis nanti.” kata pengguna media sosial lain.

“Kenapa tak sewa trak je? Menyusahkah diri sendiri dan bahayakan orang lain pula,” tulis yang lain pula.

Sumber: IG @cemilcomel

Baca: [VIDEO] Nasib Anak Jenis Tidur Dalam Buai, Keluarga Ini Pasang Buaian Dalam Kereta Masa Balik Kampung

Feature Buai Full E1651887062331

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.