Baru-baru ini Wak Doyok bakal melancarkan produk perfume terbaru miliknya dan ada kongsikan teaser menerusi Instagram.
Dosa tiru barang orang lain wak – Netizen
Difahamkan perfume terbarunya yang dikenali sebagai Dosa itu akan berada di pasaran pada 3 April nanti.
Walaubagaimanapun, netizen mula syak sesuatu apabila sekali pandang ia menyerupai satu jenama perfume terkenal, Dior Sauvage Eau De Parfum (EDP).
Ramai netizen berpendapat bahawa bukan hanya reka bentuk dan yang kelihatannya serupa. Bukan itu sahaja, malah warna botolnya sama!
Korang tengok ni!
Ia mendapat perhatian netizen sehingga dikongsikan semula di Twitter sehinggakan meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets, rata-rata daripada mereka juga memberikan pendapat yang sama apabila melihat perbandingan jenama asal perfume itu dengan versi Wak Doyok punya.
Walaubagaimanapun, Wak Doyok ada tampil memberikan respon, katanya hanya botol yang sama tapi bau dalamnya jauh beza.
Ini aku buat sendiri, botol sama – Wak Doyok
Baca : #StarvilionShuttingDown – Wak Doyok Terpaksa Akur Butik Ditutup, Lelong Baju Serendah RM1