in

#StarvilionShuttingDown – Wak Doyok Terpaksa Akur Butik Ditutup, Lelong Baju Serendah RM1

Wak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Covid-19 melanda dunia, banyak syarikat dan pekerja hilang punca mata pencarian. Terbaharu, usahawan yang merupakan juga personaliti fesyen terkenal, Wak Doyok difahamkan terpaksa menutup butik Starvilion miliknya di Seksyen 7, Shah Alam.


Menerusi Instagram, Wak Doyok turut meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa membuat demikian memandangkan 70 dari pekerjanya besar kemungkinannya terpaksa ditamatkan perkhidmatan.

View this post on Instagram

Keputusan sudah Wak & team buat. Jadi terimalah SHUTDOWN SALE di @starvilion mulai esok hingga 5 Julai 2020. Takpe doa kan Wak dan team bangkit semula nanti, InshaAllah. Untuk esok, ada bermacam-macam harga combo terbaik yang kami dah sediakan untuk para pelanggan esok! Selain dari item yang kita lelong serendah RM1; ada juga yang kita lelong RM50 untuk 2pcs, RM100 untuk 2pcs, RM100 untuk 3pcs, termasuklah RM100 untuk 5pcs pun ada! Memang lelong besar-besaran Wak buat kali ni. Koleksi boleh mix & match, baju sekeluarga lelaki & perempuan, kanak2 pun ada. Klik terus ke @starvilion untuk info koleksi2 yang bakal kami lelong mulai esok ni. Malam nanti @starvilion upload catalog, jangan lupa tengok ok. Paling penting! Jangan lupa rebut peluang 5,000 baju melayu Wak Doyok secara PERCUMA dengan setiap pembelian, tudung pun ada lebih 1,000 helai nak bagi percuma! Semuanya hanya di SHUTDOWN SALE @starvilion, di seksyen 7, Shah Alam & secara online di @starvilion. STANDBY DI WEBSITE & DI BUTIK. KALAU LAMBAT TAKUT STOCK HABIS PULAK NANTI. Jangan lupa doakan team Wak, @starvilion bangkit balik satu hari nanti, InshaAllah. #starvilionshuttingdown #shutdownsale

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Menurut Wak Doyok lagi dia juga akan memberikan secara percuma 5,000 pasang baju Melayu Wak Doyok secara percuma di butik tersebut atau menerusi website mereka. Difahamkan jualan lelong ini adalah untuk semua koleksi Starvilion dengan serendah RM1 bermula pada hari ini 24 Jun hingga 5 Julai ini.

Disaat “peperangan” melawan penyakit Covid-19, Wak Doyok tidak terlepas peluang untuk menghargai jasa frontliners. Katanya, hanya perlu membawa ID masing-masing dan ada harga special kepada mereka.

Semoga Wak Doyok tabah dan bangkit semula pada masa depan..

Baca: “Janji mesti dipatuhi” – Lelaki Ini Berpeluang Naik Kereta Mustang Wak Doyok Lepas Berjaya Dapat 20k Retweet di Twitter

F.b 19 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.