Baru-baru ini, seorang gadis dari Nigeria telah berkongsi pengalamannya menyertai acara Cake Picnic di Lagos yang menurutnya merupakan satu ‘bencana’!
Video yang dikongsikan oleh TikTok milik @melody.okoli itu memaparkan betapa terujanya dia ingin menyertai acara kek berkenaan dan siap membakar kek berperisa lemon strawberi untuk dibawa ke acara itu.
Namun red flag pertama yang dia sedar ketika tiba di acara itu adalah orang yang tidak membawa sebarang kek juga dibenarkan untuk masuk ke dalam sesi piknik berkenaan. Alamak…
@melody.okoli My experience at the Lagos cake picnic:( #lagoscakepicnic #cakepicnic #cakepicnicfail
Belum sempat dia merasa mana-mana kek yang ada di situ kerana sibuk merakam content, tiba-tiba kekecohan dikatakan berlaku. Orang ramai dilihat bertolak-tolak mahu mendapatkan kek sehinggakan ada yang mengambil kek menggunakan tangan. Aduh sampai macam tu sekali!
Gadis ini juga bernasib malang apabila kek yang dibawanya habis ‘disapu’ peserta lain, malah dia juga tak dapat merasa walaupun sepotong kek di acara berkenaan.
Artikel berkaitan: “Speechless” – Warga Indonesia Kagum Tiada Yang Berebut Ketika Makan ‘Buffet’ Di Malaysia
Artikel berkaitan: “Korang tak payah berebut” – Lelaki Terkejut Beg Tangan ‘Viral’ Ada Di Bundle Dengan Harga RM20
“Tengok cake picnic di Malaysia. Ia nampak sangat aman”
Isu itu yang tular di seantero dunia kemudian membawa kepada sebuah video berkenaan acara yang lebih kurang sama tapi diadakan di Pulau Pinang.
Menerusi video yang dikongsikan @hasli0708 di TikTok, ia memaparkan pengalamannya menyertai acara Cakenic 3.0 di Pulau Pinang.
Acara yang diadakan pada awal bulan ini telah disertai oleh ramai peserta dan lebih menarik lagi, mereka yang ingin menyertai acara ini haruslah membawa kek sendiri. Yang tak bawa kek tak boleh join ya!
Video berkenaan ternyata telah menerima komen positif netizen dari serata dunia yang memuji betapa lemah lembutnya orang Malaysia memotong kek, tidak tamak dan berebut dalam mengambil kek-kek yang ada di acara itu.
Ada juga yang mengatakan trauma mereka terubat setelah melihat video ini jika dibandingkan dengan video acara cake picnic di Lagos.
Hebatkan orang Malaysia, sopan santun je semua nak ambil kek.
Sumber: TikTok (1), (2)