in

“Nenek kebayan nak tarik tangan” – Adik Ada ‘Sixth Sense’, Gadis Kongsi Cerita Mistik Waktu Mandi Sungai Salu

Nenek Kebayan Ehhhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang kawasan hutan banat atau tempat mandi air terjun antara ‘hotspot’ kerana banyak makhluk halus di situ. Bermacam jenis cerita kita pernah dengar daripada family atau kawan-kawan mengenai pengalaman mistik dorang. Hantu air pun ada kan?

Macam seorang gadis ni yang kongsi pengalaman mistik dia dekat Twitter baru-baru ni. Menurut gadis tu, kejadian tu berlaku waktu dia dan adiknya pergi mandi air terjun berdekatan kawasan rumah.


 

Adik ada ‘sixth sense’

Aku pernah pergi mandi dekat air terjun berdekatan rumah. Kebetulan adik aku ada sekali and dia memang ada sixth sense. Kami pergi tempat sunyi, kawasan yang tinggi, punca air terjun. So dekat situ ada aku dengan adik je la, orang awam mandi kat air terjun belah bawah.”

Hiasan Je
sumber: twitter

 

Tiba-tiba ajak balik

Katanya, waktu tengah duduk dekat batu di situ, adiknya dengan suara tegas panggil dan ajak balik. Memahami adiknya ada sixth sense, dia pun ikutkan je.

Terkejut jugak la, tapi aku ikut je, dia cakap, jom la main air kat bawah, tak pun kita balik.”

Air Terjun
sumber: twitter

 

Rupanya…

Lepas 2-3 hari dari hari kejadian barulah adik dia buka mulut dan cerita kenapa dia ajak balik. Katanya, ketika toleh tengok kakaknya dekat batu, dia ternampak nenek kebayan!

Dia kata, waktu dia toleh arah aku, ada sorang nenek dari arah hutan tu, nak grab tangan aku. Sumpah aku tak rasa pape, tak nampak pape. Lepas dia panggil aku tu aku terus pergi dari tempat tu.”

Hiasan
gambar hiasan

 

3 kali nampak makhluk berbeza

Kata gadis ni, dia yakin dan percayakan adiknya sebab dah banyak kali benda macam tu terjadi. Dah 3 kali pergi air terjun tu dan 3 kali tu jugalah adik dia nampak 3 makhluk berbeza.

https://twitter.com/harutsamyne/status/1119949584002797568

Korang pernah ada pengalaman macam ni? Atau korang dianugerahkan ‘sixth sense’ ke. Cuba share dekat comment admin nak baca story korang!

Baca: “Meremang sampai ke tengkok” – Seram! Bunyi Kuat Wanita Menangis Di Hostel Lelaki Waktu Tengah Malam

Gangguan3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.