in

“Meremang sampai ke tengkok” – Seram! Bunyi Kuat Wanita Menangis Di Hostel Lelaki Waktu Tengah Malam

Gangguan3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan alam ghaib ini memang wujud, namun bukan semua manusia dapat merasai ‘kehadiran’ makhluk halus ini, hanya segelintir sahaja yang dapat gangguan itu, kalau tak nampak, dengar.


Macam dalam video viral yang @Herdyy kongsikan di Twitter ini adalah contoh apabila diganggu mendengar bunyi daripada makhluk halus. Meremang weh bila dengar.

 

Tangisan makhluk halus

Kejadian ini berlaku di bilik hostel difahamkan, terjadi pada 1.30 pagi sewaktu Herdy nak ke bilik air.

Hasratnya terbantut bila dia terdengar bunyi tangisan yang boleh buatkan korang sendiri meremang. Apatah lagi tuan empunya badan yang dengar depan-depan.

“Saya trus on the spot rakam ..tp tak sure suara tu dari arah mana ..tp mmg jelas ..sy stuck tak jd ke toilet trus berlari masuk bilik dan saya senyap.”

“Tak lama lepas tu member saya keluar pergi toilet tapi saya tak caakp apa lagi dengan member ..bila dia dah masuk semula ke bilik sy pnggil dia then sy suruh dia dgar video yg sy rakam ..mmber snyap tak kata apa ..tergamam”

Lebih aneh lagi, bunyi yang kuat tu tak didengari oleh penghuni lain pun. Padahal kita sendiri dengar kuat kot.

Sejurus selepas dia diganggu, bunyi burung hantu kedengaran. Biasalah dalam mitos selain anjing, burung hantu kalau berbunyi pun merupakan petanda bahawa ada makhlus halus disekeliling kawasan tersebut.

 

Yang peliknya saya sorang saje yang dengar ..member lain tak dengar

Lepas dia berjaya rakamkan bunyi tersebut, dia bagi kawan-kawan yang lain dengar. Masing-masing tergamam bila mengetahuinya.

“Lpas tu mmber sy lg 2 org tnya kenapa .. sy bg dorang dgar suara tu and dorang snyap ..kami masing2 senyap diam seribu bahasa ..lpas pada tu mmg tak boleh nak lelap mata ..sebab dok pikir betul ke apa yg aku dgar suara tu ..”

“ak lama tu sy berselubung dgn slimut ..pusing kiri tak kena pusing kanan pun tak kena ..lebih kurang jam 3 pg ttiba bunyi burung hantu kt blkang balai ..sebab blkg balai tmpt tnggal kami ni hutan ..yg peliknya bunyi burung hantu tu kuat dan dekat ..”

“Serius mmg seram ..spnjg dekat 4 tahun sy duduk kat sini ..biasa mmg kerap tidur lewat tak pernah pun dgar bunyi burung hantu tu yg kuat mcm tu ..lama jugak lah dia berbunyi ..seolah mcm ada something yg tak kena ..”

“Sedar2 sy dah terlelap bertemankan surah yassin ..dlm jam 6 sy sedar and bgun mandi masing2 snyap tak bercakap pun pasal ni ..sampai laa dah siang baru kitaorg dgar balik video ni and sembang apa yg jadi ..”

“Memang sebelum ni ada and pernah je berlaku tp tak delah sampai dgar suara mcm dlm video tu ..ni clear suara tu tp tak tahu dtg dari arah mana ..sumpah seram !!!”

“Yang peliknya sy sorang aje yg dgar ..mmber lain tak dgar ..padahal suara tu jelas and agak kuat jgak ..tp tulah mmber lain tak dgar lgsg suara tu ..pelik tp benar mmg itu yg sy rakam and saya dgar dgn telinga saya sendiri ..”

Keesokan harinya mereka pun pergi lah berbincang dengan seseorang yang ‘arif’ dalam bab-bab ni. Setelah diceritakan, barulah mereka tahu apa punca sebenarnya.

 

Ada yang ganggu tempat dia

Gangguan
Sumber : twitter

Rupa-rupanya mereka ada buat pembersihan dan ia mungkin dah terganggu ‘tempat’ mereka. Mungkin disebabkan itu dia marah agaknya.

“So bila dah siang , lpas breakfast kitaorg still lg dok sembang pasal bnda ni ..and smpai lah video ni tersebar kat mmber yg boleh dikira pandai berubat org ..”

“Then mmber sy ckp mmg bnda tu ade ..puncanya mungkin ade yg ganggu tmpt dia ..mgkin jgak btul sebab pg ahad tu kitaorg ada buat pembersihan sekitar balai ..mgkin terkena tmpt dia ..mgkin dia marah kot ..”

“Crita ni crita betul and tak dinafikan mmg sy dgar dgn telinga and sy rasa meremang bulu roma smpai ke tengkok ..since sy upload kat ig story malam tu mostly ramai yg dm ckp seram smpai dorang ckp jelas dgar suara org menangis.”

“Tulah situasi cerita and kejadian sebenar …bukan dogeng semata mata.Ni lokasi yg sama dalam video smalam yg sy record tanpa sengaja ..tp sy tak dpt dgar dari arah mana suara tersebut datang !!!”

Begitulah kisahnya, tapi lepas kejadian malam itu, tiada lagi gangguan-gangguan aneh.

 

Baca : Diserang Anxiety Attack, Wanita Ini Minta Jangan Kongsi Video Seram Sebarangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.