in

Baru Hari Pertama Bekerja, Majikan Iblis Tinju Muka Warga Emas Sampai Lebam

Tumbuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai lagi yang ingat kes Datin Rozita yang hot beberapa minggu lepas sebab hampir terlepas hukuman mendera pembantu rumah dia sampai setengah mati. Ingatkan kisah macam ni dah stop dah.


Tetiba muncul lagi majikan iblis macam ni bila seorang warga emas kena tumbuk di muka dek kerana kesalahan yang remeh temeh pada hari pertama dia bekerja. Wuish gila ke apa majikan ni! Menurut Harian Metro, Siti Hajar Mohd Yatim, 62, hampir pekak lepas majikan kejam tu tumbuk mukanya kerana dia dituduh mencuri makanan.

Lebam 1
sumber: harian metro

Selain daripada menumbuk mangsa sampai muka jadi lebam, Siti Hajar juga mendakwa bosnya tu dah meludah ke mukanya dan memaki dia sesuka hati kerana tak berpuas hati dengan kerja yang Siti Hajar buat. Akibat tak tahan didera macam tu sekali, Siti Hajar nekad larikan diri dengan memanjat tembok setinggi dua meter sebelum mintak pertolongan jiran lain. Gilalah! Nasib baik nenek ni larikan diri. 

“Pada awalnya saya berjumpa dengan majikan iaitu seorang lelaki berusia 50-an dan pertemuan itu tak menggambarkan dia seorang yang panas baran atau kaki pukul.

“Namun pada hari pertama saya bekerja, dia ‘menghadiahkan’ tumbukan di muka hanya kerana tak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk dituduh mencuri makanan,” luah Siti Hajar.

Giphy 4

Pada awalnya, mangsa dah ditawarkan untuk bekerja kat situ oleh anak saudara dengan gaji RM900 sebulan. Sebab Siti Hajar bujang, dia terima pekerjaan tu tapi dia tak sangka pulak semuanya akan jadi macam ni sehingga tubuh dia bengkak bengkil kena pukul dengan kayu dan rotan.

“Majikan yang juga pemilik bengkel akan ‘naik hantu’ apabila anaknya mengadu saya ada buat salah atau dituduh mencuri wang dan tanpa usul periksa, saya dipukul tanpa belas ihsan.

“Selain itu, majikan juga mengambil telefon bimbit, kad pengenalan dan kad bank kononnya bagi mengelak saya melarikan diri atau menghubungi ahli keluarga untuk mengadu perkara berkenaan,” jelas Siti Hajar.

Ehh majikan jenis apa ni?? Insecure sangat! 

Lebam 2
sumber: harian metro

Selepas Siti Hajar berjaya melarikan diri, orang ramai bawak wanita tua ni ke Balai Polis Setapak untuk buat laporan lanjut. Dia kemudian dibawa pula ke Hospital Kuala Lumpur dan dimasukkan ke wad selama seminggu sebelum pusat kebajikan mengambilnya.

Buat masa ni polis sedang mengesahkan laporan yang dibuat Siti Hajar dan siasatan lanjut akan dijalankan segera.

Mana pergi rasa belas kasihan majikan ni kat pekerja tambah-tambah yang dah tua? Haih harap-harap nenek tu sembuhlah dari kecederaan yang dia alami. 

Baca: Datin Pukul Orang Gaji Hingga Hampir Mati, Hakim Lepaskan Dari Hukuman

Rozita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.